Sunday, 1 September 2013

AHLI-AHLI KONGSI GELAP SARAWAK AKAN MULA DIBURU?

-KDN SEDANG BERUSAHA KE ARAH PENGUNAAN AKTA PENCEGAHAN JENAYAH 1959 YANG SECARA TEKNIKALNYA, HANYA BOLEH DIPERGUNAKAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA UNTUK MEMBOLEHKAN IANYA DAPAT DILAKSANAKAN JUGA DI SABAH & SARAWAK! AMBIK KORANG! KEKEKE!!!-

Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang sedang digunapakai pihak polis di sepanjang "Ops Cantas" dalam skala besar-besaran di seluruh Malaysia, khususnya di Semenanjung Malaysia bagi membentras ahli-ahli kongsi gelap akan di"lebar"kan perggunaannya di negeri Sarawak dan Sarawak, dalam masa yang terdekat ini.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, secara teknikal, Sarawak tidak "terikat" dengan akta berkenaan yang telah dilulus serta diwartakan oleh kerajaan pada tahun 1959.

"Akta Pencegahan Jenayah 1959 telah awal diwartakan sebagai undang-undang di institusi perundangan negara ini (Tanah Malaya)iaiu empat tahun (pada tahun 1963) sebelum Sarawak "bergabung" dengan Tanah Malaya, Sabah dan Singapura untuk membentuk Negara Malaysia."

"Dari segi teknikal, Akta Pencegahan Jenayah 1959 tidak meliputi Sarawak dan Sabah dan selama ini, ianya hanya dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia," jelas Junaidi sambil menambah, keadaan ini telah mendorong Kementeriannya berusaha kearah penggunaan akta berkenaan akan dikuatkuasakan di kedua negeri tersebut.

"Keputusan ini (untuk mengusul cadangan meminda Akta tersebut untuk dipergunakan juga di Sarawak dan Sabah) begitu tepat pada masanya, selari dengan usaha kerajaan dalam memerangi jenayah terancang serta menjamin keselamatan rakyat pada tahap lebih tinggi."

"Disamping itu, ianya akan memudah dan memperkasakan pihak polis dalam menjalani tugasan mereka, terutamanya yang berkaitan dengan pencegahan jenayah," jelas Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong kepada UnReportedNews™® semalam.

Dalam perkara yang sama, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata "Ops Cantas" yang dilancarkan pada bulan ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 dalam usaha membentras kegiatan jenayah kongsi-kongsi gelap di seluruh negara namun buat negeri Sabah dan Sarawak, polis telah menggunakan  pendekatan yang lain dalam usaha yang sama kerana Akta tersebut tidak meliputi kedua negeri di Pulau Borneo ini.

"Setakat ini, jumlah keseluruhan individu yang telah disoalsiasat  berkaitan jenayah kongsi gelap di Sarawak sejak Operasi-operasi Anti-Jenayah dilancar secara bersiri dari 19 dan 28 Ogos adalah 1,425 orang dan daripada jumlah itu, 55 individu telah ditahan bagi membantu dalam penyiasatan ke atas pelbagai spates jenayah seperti pecah rumah, rompakan dan kecurian kenderaan," jelas Bakri kelmarin ketika dalam lawatan rasminya selama sehari di Sarawak sebagi tetamu terhormat di majlis penyerahan tugas antara bekas Pesuruhjaya Polis Negeri Datuk Acryl Sani Abdullah Sani kepada Datuk Muhammad Osman.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List