Tuesday, 6 August 2013

YB OH YB, BERUBAHLAH SEBELUM TERLAMBAT!

-INI BUKAN CERITA REKAAN, TAPI IANYA ADALAH KELUHAN DARI AKAR UMBI DI KAWASAN ADUN (DI SARAWAK) NI KERANA TAK MENYENANGI SIKAP YB BERKENAAN YANG BAGAIKAN "MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI" & "TIDAK MENGHIRAUKAN PERASAAN ORANG LAIN"! HMM .. PARAH NI! HARI BAIK & BULAN BAIK NI, AWAL-AWAL AKU MOHON MAAF SEKIRANYA NANTI ADA YANG TERASA TAPI SEMUA NI UNTUK KEBAIKAN KITA SEMUA, TERUTAMANYA YB TU! KEKEKE!!!-

Kalau hanya seorang dua yang mengadu & mengeluh, mungkin ianya boleh dianggap pandangan peribadi mereka namun kalau dah "berlori-lori" orang, bukan saja ahli parti biasa malah beberapa individu yang memegang jawatan-jawatan penting parti turut menyuarakan perkara yang sama berkaitan "kesilapan" YB tersebut, maka secara logiknya, ianya adalah benar belaka.

Salah satu dari sikap YB yang amat tidak disenangi oleh masyarakat, terutamanya mereka yang di peringkat akar umbi adalah beliau tidak mengikut jadual program yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur, pendekata, "ikut suka hati" jer bila dia nak datang; selalunya YB ni datang lewat ke majlis-majlis namun adakalanya dia terus langsung tak datang! Menyusahkan orang jer!

YB ni dikatakan juga seakan "memilih bulu" jika nak menghadiri sesuatu majlis yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin lain seperti contoh Ahli Parlimen kawasannya sendiri, lazimnya beliau akan tiba lewat dari tetamu terhormat majlis tersebut, bukan dua tiga kali tapi hampir setiap kali!

Baru-baru ni, YB tersebut telahpun "menukar modas operandi"nya .. ya, beliau awal tiba di sesebuah majlis tapi beliaulah juga yang terawal meninggalkan majlis tersebut sebelum ianya tamat keseluruhannya.

Yang peliknya, jika majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud atau menteri-menteri kabinet negeri yang lain, YB ni pandai pula mengurus masa kerana beliaulah diantara mereka yang terawal "terpacak" di ruang ketibaan menunggu tetamu-tetamu terhormat acara tersebut.

Semua ni bukan aku yang kata ya, aku hanya menulis apa yang diperkatakan dan ianya bukannya nak mengondem YB tersebut tapi hanya sekadar peringatan kepadanya yakni beliau adalah "public figure", maka setiap langkah, sepatah tutur kata, secubit riak muka beliau akan diperhati masyarakat dan seandainya ianya tak kena, mereka takkan bersuara secara berdepan kerana rasa hormat atau segan sebaliknya, hanya berbisik sesama sendiri.

Semakin berharta, pendidikan dan berkedudukan tinggi seseorang itu, lebih-lebih lagi seorang pemimpin yang dilantik menerusi proses pengundian seharusnya pandai mengambil hati orang bawahan dan masyarakat umum kerana hakikatnya, kerana mereka-mereka inilah yang telah mengangkat beliau di mana beliau sekarang bukannya, beranggapan apa yang dibuatnya semuanya betul, sebaliknya semua pandangan atau cadangan orang bawahan itu adalah salah belaka!

Orang berbudi, kita berbahasa, perasaan hormat sejati terhadap seseorang pemimpin itu hanya akan dapat diperolehi sekiranya pemimpin itu sendiri menghormati orang-orang bawahannya jika tidak, apa saja yang akan dilakukan bukan kerana rasa hormat dan kasih, sebaliknya hanya berdasarkan "arahan pemimpin"! 

Perpatah Melayu ada menyebut semakin padi berisi, semakinlah menunduk ia kerana sekiranya kita tak ingatkan bumi, jika jatuh berdentum nanti, sendiri yang padah, maka fikir-fikirkanlah apa yang diluahkan oleh akar umbi ini dan moga berubah demi untuk keutuhan parti.

Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak, tangan-tangankan, sayang pemimpin kita tegur-tegurkan, sebagai peringatan. Wassallam.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List