Wednesday 28 August 2013

PEMIMPIN PKR PONTENG KERJA?

-DIFAHAMKAN KETUA STAF PEJABAT MB SELANGOR SAIFUDDIN NASUTION BELUM PERGI KE PEJABAT HINGGA KE HARI INI SEJAK PERLANTIKKANNYA! BENCI SANGAT KER DIER PADA MB KHALID TU? KEKEKE!!!-

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar Selangor dikatakan masih belum masuk ke pejabatnya untuk memulakan tugas, sekaligus menghangatkan spekulasi mengenai krisis dalaman parti itu yang berlarutan sekian lama. 

Sumber-sumber kerajaan negeri mengesahkan bahawa walaupun diberikan jawatan kanan itu,  Saifuddin ditempatkan di Tingkat 5, berhampiran Bahagian Sektoral, Bangunan SUK.

Manakala pegawai-pegawai kanan Menteri Besar termasuk Setiausaha Politik Faekah Husin dan Setiausaha Akhbar Arfa Aziz terus bertugas di Tingkat 20 dan 21 yang menempatkan pejabat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Keadaan  bertambah kusut apabila Saifuddin, yang juga bekas Ahli Parlimen Machang, dikatakan mendapat  arahan  melaporkan diri kepada  Faekah. 

Adalah difahamkan Saifuddin tidak senang hati dengan cubaan pihak tertentu untuk "memaksa" beliau berada di bawah telunjuk Faekah memandangkan tanggungjawab utamanya adalah menjadi perantara di antara Khalid dan ibu pejabat PKR. 

Saifuddin juga bertanggungjawab memantau dasar-dasar kerajaan negeri untuk memastikan ia selari dengan hala tuju yang ditetapkan oleh PKR. 

Sumber itu  berkata tindakan untuk Saifuddin "duduk jauh" dari pejabat Menteri Besar memaparkan hubungan yang semakin rapuh di antara pejabat Khalid dan ibu pejabat PKR. 

Adalah difahamkan Saifuddin hanya hadir pada 22 Julai lalu di Bangunan SUK bersabit pelantikannya itu. Selepas tarikh itu, beliau tidak "masuk pejabat", kata sumber berkenaan. 

Ketika mengumumkan pelantikan Saifuddin sebagai pegawai kanan Khalid tiga bulan lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Saifuddin akan bertindak menguruskan hal ehwal politik dalaman negeri sekaligus membantu Khalid tanpa mencampuri urusan pentadbiran awam atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Lantikan ini adalah bagi memperkasa pentadbiran Selangor bagi penggal kedua. Penubuhan political liaison ini dibuat bagi menterjemahkan asas perjuangan parti dalam bentuk pelaksanaan politik yang tidak terlalu rigid (ketat),” kata Anwar ketika itu. 

Adalah difahamkan pelantikan Saifuddin untuk ditempatkan di Pejabat Menteri Besar diluluskan oleh Anwar untuk meredakan kemarahan pemimpin-pemimpin PKR terhadap Faekah yang disifatkan "terlalu berkuasa" di pejabat Khalid. 

Khalid sendiri dituduh terlampau mengikut "nasihat" Faekah dan kerap kali melanggar arahan-arahan daripada Anwar dan Biro Politik PKR sendiri. 

Saifuddin tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Beliau juga tidak kelihatan dalam program-program Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim baik yang dianjurkan kerajaan negeri mahupun pejabat-pejabat Adun Selangor.

Saifuddin melaporkan diri pada jam 12 tengah hari 22 Julai lalu di hadapan  Tan Sri Khalid dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 Julai 2013.

Tan Sri Khalid yang ditemui di Pelabuhan Klang semalam memberitahu, beliau kini tidak menggalakkan pemimpin parti untuk menyertai program-program yang dianjurkan kerajaan negeri dan pejabat Adun.

Sambil menafikan beliau diboikot pemimpin PKR, Khalid berkata ia hanya persepsi segelintir pihak dan beliau tidak menggalakkan budaya 'berlonggok' kerana setiap pemimpin parti mempunyai tugasan masing-masing. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List