Sunday, 21 July 2013

VIDEO: ALVIN & VIVIAN PATUT CONTOHI RAKAN MEREKA NI!

-JO, LELAKI BERBANGSA CINA YANG INGIN MERASAI BAGAIMANA MENJALANI IBADAH PUASA SEPERTI RAKAN-RAKANNYA YANG BERAGAMA ISLAM BERPUASA SEHARI! BUKAN MACAM PASANGAN PORNO TU! KEKEKE!!!-

Jika pasangan Alvin dan Vivian memilih untuk memuatnaikkan poster kontroversi berbuka dengan “Bak Kut Teh”, gambar aksi seks dan juga mempromosikan parti seks… ada seorang pemuda berketurunan Cina yang mungkin boleh kita berikan pujian.

Kita bangga dengan adanya orang muda seperti Jo yang sanggup menyelami tuntutan Islam untuk berpuasa dan merakamkan setiap detik istimewa berpuasa sehari yang dia lakukan.

Jo memulakan dokumentarinya pada pukul 1 pagi namun dia terlepas untuk bersahur pada keesokan harinya.

Biarpun begitu, Jo tetap komited dengan janjinya untuk cuba berpuasa selama sehari.

Video Jo berpuasa dimuatnaik  semalam oleh Germani Productions.

Apapun, kita gembira kerana Jo berjaya berpuasa selama sehari bukan sahaja tidak makan dan minum tetapi menurut Jo dia juga menahan diri dari melakukan perkara ‘jahat.’

Kepada Jo, syabas kerana anda berjaya berpuasa selama sehari dan kalau boleh teruskan lagi berpuasa kerana ia terbukti boleh memperbaiki kesihatan kita terutamanya proses penghadaman.

Kita tahu ramai pemuda di luar sana yang suka mencari salah dan membuat provokasi seperti Alvin dan Vivian itu, namun tak kurang juga yang berkeperibadian tinggi seperti mana anak muda ini.



Kepada Jo, tahniah….kamu memang anak Malaysia! (sumber)

 -UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Saya ucap tahniah dn syabas pd Jo. Sekurang2nya melalui pengalaman ini U tahu bagaimana All the Muslim's in Malaysia and all over the world menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yg mulia ini. Ini lah satu contoh rakyat Malaysia yg kita inginkan...menghormati kepercayaan dan anutan orang lain dan bkn menghina seperti segelintir rakyat Malaysia lain lakukan. Tahniah sekali lagi Jo.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List