-SETAKAT INI SEBANYAK 929 PREMIS JUDI HARAM DI NEGERI ITU TELAH DIKENALPASTI OLEH PENGUATKUASA TEMPATAN (YE KER?)! HMM .. AGAK-AGAKNYA, BERAPA PREMIS PULAK YANG MASIH BELUM DIKETAHUI YER? SYABAS UNTUK ANDA-ANDA SEMUA! KEKEKE!!!-
Kerajaan Negeri Selangor mengakui kebanjiran premis judi haram di negeri itu masih gagal ditangani kerana jumlahnya yang terlalu banyak.
Exco Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim yang dilapor mStar sebagai berkata, terdapat 929 premis judi dikenalpasti beroperasi secara haram di negeri itu.
“Setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menjalankan sebanyak 148 pemeriksaan, dan mengeluarkan 77 saman serta melakukan 49 penyitaan.
“Namun ia masih belum dapat menyelesaikan masalah ini secara menyeluruh. Bagaimanapun, PBT masih berusaha mengatasinya dengan membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik ke premis terbabit,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (PAS-Meru) yang meminta kerajaan negeri menyatakan jumlah premis judi haram di Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu.
Mengulas lanjut, Teng yang juga Adun Sungai Pinang berkata dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini PBT telah membuat 70 permohonan kepada TNB untuk memotong bekalan elektrik di premis judi haram yang telah dikenal pasti.
"Memang ada buat permohonan kepada TNB untuk potong elektrik termasuk juga permohonan buat pemeriksaan, saman, menyita dan sebagainya. Tapi ia tidak mampu selesaikan masalah secara menyeluruh.
"Kalau kita selalu melakukan pemeriksaan setiap hari pun, dalam masa setahun pun tak habis. Buat (pemeriksaan) satu hari, tutup satu, buka dua lagi esok. Jadi kita kena fikirkan satu cara yang lebih holistik bagi memastikan keberkesanan dalam mengatasi masalah ini," katanya.
Sementara itu, Adun Yaakob Sapari (PKR- Kota Anggerik) pula mencadangkan agar kerajaan negeri memberi ganjaran kepada penduduk yang memberi maklumat mengenai kewujudan premis judi tersebut.
Teng dalam jawapannya berkata, isu utama pada masa kini adalah soal penguatkuasaan.
"Sekarang bukan mengenai ganjaran. Di Majlis Perbandaran Subang Jaya sahaja ada 582 premis judi haram, Majlis Bandaraya Petaling Jaya ada 312 premis. Masalah penguatkuasaan masih belum berkesan," katanya.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®