Wednesday, 3 July 2013

KES LIWAT ANWAR DIJADIKAN CONTOH DALAM PARLIMEN?

-TAKDE BENDA YANG LEBIH BAIK LAGI KE DARI KES LIWAT ANWAR YANG NAK DIJADIKAN CONTOH DALAM SESI SIDANG PARLIMEN? MEMANG EMPUNYER BADAN TIME TU NAIK ANGIN SEMACAM KAN? KAN? KAN? KEKEKE!!!-

Sistem demokrasi berparlimen dan undi popular terus mendapat tempat dalam setiap kali perbahasan di Dewan Rakyat sejak pembukaannya minggu lepas.

Kali ini Ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar pula membahaskan isu tersebut.

Menurutnya, pembangkang berhasrat mengubah sistem dalam negara apabila cuba mengambil 'undi popular' semata-mata ingin mendapatkan kuasa mutlak memerintah.

Lantas yang demikian, Noh mengajak Dewan supaya mengambil perumpamaan mudah dengan mengambil contoh sistem yang terdapat di institusi kehakiman negara.

"Ambil contoh kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Tujuh hakim, hakim mahkamah tinggi mendapati beliau bersalah, tak puas hati rayu di mahkamah rayuan dan tiga hakim dengar (kes) turut mengatakan beliau bersalah,

"Kemudian rayu lagi ke mahkamah persekutuan yang mempunyai tiga orang hakim, dua hakim mengatakan beliau tidak bersalah manakala seorang lagi hakim masih mengatakan bersalah.

"Ini bereti dalam kes liwat Ketua Pembangkang daripada tujuh orang hakim, lima (hakim) kata bersalah dan dua tidak, Kenapa dia lepas (bebas), kerana sistem kita. Kalau nak pakai sistem majoriti hakim, tentu dia tidak lepas daripada penjara," tegasnya ketika sesi perbahasan Titah YDP Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu Noh turut menggesa para Ahli Parlimen terutamanya dikalangan parti pembangkang supaya menghormati undang-undang sedia ada serta mengambil iktibar daripada negara-negara membangun lain yang menggunakan sistem sama untuk memilih kerajaan memerintah.

"Kita ada undang-undang kita. Ahli Parlimen Gombak (Azmin Ali) suruh ikut Britain, bagaimana untuk bahagi kawasan pilihanraya. Jika mahu ikut sistem di Britain, kenapa mereka disana tidak mengambil undi popular," ujarnya.

Merujuk pilihanraya di Britain pada tahun 2010 menyaksikan parti konservetif memperolehi 36 peratus undi popular. Akan tetapi, Britain yang tidak menggunakan sistem undi popular telah menyebabkan parti tersebut tidak layak menubuhkan Kerajaan dengan jumlah kerusi yang dimenangi daripada 326 kerusi (parti konservatif).

Situasi yang sama di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2000 apibila Al Gore yang mewakili Parti Demokrat memenangi undi majoriti lebih banyak daripada Presiden AS pada ketika itu George W Bush.

"Ketua Pembangkang kena belajar dengan rakannya Al Gore. Hormati undang-undang mengikut perlembagaan yang ditetapkan." tegasnya.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13) lalu menyaksikan kebanyakkan pemimpin dikalangan pembangkang cuba membangkitkan berhubung undi popular.


Dalam pilihanraya itu Pakatan Rakyat (PR) memperolehi undi popular melebihi Barisan Nasional (BN) namun PR gagal dipilih sebagai kerajaan pemerintah akibat daripada kekurangan kerusi yang dimenangi. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List