-JIKA DIKAJI SECARA MENDALAM, IANYA AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA SARAWAK! SEANDAINYA IANYA DIREALISASIKAN, IA AKAN MEMECAHKAN KEUNIKAN TRADISI BN SARAWAK SENDIRI YAKNI PARTI KOMPONEN BN SARAWAK PERTAMA YANG "SEMENANJUNG-BASED"!-
Semalam, aku berbual dengan seorang ahli SUPP yang berpengaruh dan topik perbualan kami tertumpu kepada cadangan pengabungan MCA, Gerakan dan SUPP yang sedang hangat diperkatakan.
Bila aku bertanyakan dia apakah beliau secara peribadi bersetuju dengan cadangan itu atau sebaliknya, dia enggan menjawabnya cuma beliau menyatakan yang dalam seminggu dua kemungkinan ada "berita besar" mengenai perkara ini!
Aku rasa ramai rakyat Sarawak tidak bersetuju dengan cadangan ini dan secara peribadi, aku rasa tindakan ini adalah hanya untuk "menyelamat" (dengan tiada niat menghina) serpihan-serpihan atau whatever is left dalam MCA, Gerakan dan SUPP saja tanpa mengira implikasi kepada polarisasi politik Sarawak itu sendiri.
Bukannya mendabik dada atau apa, kekuatan BN Sarawak selama ini adalah keunikan keadaan politik negari ini yakni parti-parti komponen BN Sarawak semuannya adalah local-based.
Bukannnya aku ini anti-Semenanjung atau apa tapi aku rasa kepimpinan atau dasar yang dijalankan komponen parti-parti tempatan BN Sarawak inilah yang menjadi tunjang kekuatan sebenar BN Sarawak selama ini!
Jadi, pengabungan ini hanya akan membuka ruang kepada mana-mana parti BN komponen Semenanjung-based akan "menerokai" peluang bertapak disini dan ianya boleh memberi impak yang sebaliknya kepada negeri ini!
Dalam PRU-13 yang lepas, BN Sarawak telah membantu BN pusat dengan menyumbang 25 kerusi.
PBB (14), PRS (6) dan SPDP (4) memenangi seratus peratus kerusi Parlimen yang mereka pertandingkan dan SUPP hanya satu kerusi (itupun dengan menerusi calon Bumiputera di kawasan Bumiputera) sementara semua enam kerusi lain di kawasan Cina semuanya dibaham DAP.
Berbalik kepada tajuk entri ini, apakah objektif sebenar cadangan gabungan ini? Adakah gabungan ini akan memberi kebaikan/perubahan secara keseluruhannya kepada BN Sarawak ddan BN Pusat? Apakah ini satu-satunya cara sahaja yang boleh "menyelamat" parti-parti Cina dalam BN?
Jadi, mengapa kita harus mengambil risiko atau membuat eksperimen terhadap sesuatu perkara yang tidak menjamin kebaikan?
Kepada rakan-rakan MCA, Gerakan dan SUPP, pernah tak dengar peribahasa "kerana seekor nyamuk, kelambu di bakar?", sebenarnya bukannya entiti parti itu yang mungkin bermasalah dan harus dimansuhkan sama sekali dan masalahnya (bukan menuduh tapi sekadar pandangan) mungkin ada pada pucuk pimpinan, dasar/polisi ataupun pendekatan yang seharus di tukar.
Tidak dinafikan, rakan-rakan kaum Cina memang bijak berniaga maka falsafah Start Small In The Beginning harus dipraktikkan dalam menangani permasalahan ini tapi bukannya menerusi penggabungan tiga parti.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®