Monday, 1 July 2013

ANWAR TERTIPU DEK CINA DAP!

-HAKIKATNYA, PERHIMPUNAN BLACK505 DI PADANG MERBOK TELAH GAGAL KERANA DISAAT-SAAT AKHIR CINA DAP MENIPU ANWAR! KAN DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI! KEKEKE!!!-

Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya. Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.

Maka politik angka menjadi amat penting untuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan. Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil. 

Makna besar itu dilihat lebih kuat, lebih popular dan lebih hebat dan jumlah yang kecil dalam konteks politik dilihat sebagai pinggiran bukan berada di dalam arus perdana atau ‘mainstream’. Anwar Ibrahim mahu dilihat sebagai pemimpin hebat dan berwibawa di kalangan pengikut-pengikutnya.

Setiap kali beliau menghadiri ceramah politik dipastikan kapasiti lokasi mesti mampu menampung sekurang-kurangnya 2,000 para hadirin. Begitulah purata jumlah kehadiran penyokong Anwar setiap kali beliau muncul di khalayak ramai.

Jika jumlah itu kurang daripada itu Anwar akan menarik muka dan tempias kemarahannya akan terpalit kepada pegawai-pegawai peribadinya. Seringkali setiausaha politiknya yang sering mengikuti bontot Anwar pada setiap program yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berpeluh jantan jika didapati jumlah penyokong yang hadir tidak sampai angka yang diharapkan.

Setiausaha politik berkenaan akan kelam kabut dibuatnya membuat panggilan sana dan sini untuk mengarahkan pimpinan peringkat ranting/cawangan dan cabang/bahagian untuk mengerahkan ahli-ahli mereka pada majlis yang akan dihadiri Anwar. Ada kalanya Anwar sahaja meninggalkan majlis apabila jumlah yang hadir amat mengecewakan.

Kadangkala beliau akan menghantar pasukan peninjau untuk memantau sesuatu program itu samada ia mendapat sambutan atau tidak. Jika sambutannya hanya beberapa kerat,pasti Anwar akan membatalkan kedatangannya walaupun sudah dua atau tiga minggu kain rentang dipasang di sekeliling tempat ceramah untuk mengkhabarkan kedatangan beliau.

Who's the clown now? Kekeke!!!
Kehadiran Anwar juga membawa rahmat kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman serta mereka yang menjual CD ceramah, buku, poster dan bermacam-macam anika aksesori yang berkaitan dengan parti pembangkang. Jika Anwar tidak datang maka hanguslah modal yang dilaburkan untuk membuat makanan dan minuman yang hanya terbuang begitu sahaja kerana kekurangan pelanggan. 

Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan. Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.

Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13. Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini. 

Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akur dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM, Anwar pula bertindak macam orang gila.Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau ‘finale’ Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.

Beliau menjangka ‘habis busuk’ sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang untuk menumbangkan kerajaan BN. Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidak sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan,malah 5 peratus pun tidak sampai.

Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya. Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.

Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505. Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.

Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat. Hakikatnya penutup kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhkany tirai ke atas karier politik Anwar.

Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja. Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya. 

Alasan yang paling dangkal yang Anwar berikan kenapa kurang sambutan adalah jerebu. Apa kena mengena dengan jerebu ??? Adakah Anwar tidak menerima Qada dan Qadar Allah ??? Ini adalah takdir,terima sahaja lah. Kalau dah kalah,kalahlah !!! (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List