Wednesday 8 May 2013

PRU-13: DAP KELENTONG PENGUNDI CINA!

-REALITI PADA PRU-13 ADALAH KAUM BUMIPUTERA & MASYARAKAT INDIA MASIH MEMBERI SOKONGAN KEPADA KERAJAAN PIMPINAN BN & PARTI-PARTI PEMBANGKANG TERUTAMA DAP YANG TELAH MEMBERI GAMBARAN SALAH KEPADA MASYRAKAT CINA BAHAWA DENGAN UNDI MEREKA, KERAJAAN AKAN BERTUKAR! HAIYA PENG-YU, DAP SUDAH TIPU LU ORANG! KEKEKE!!!-

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membuktikan kekuatannya kerana ia tidak tumbang meskipun sebahagian besar kaum Cina tidak menyokong BN kerana terpedaya dengan pembangkang kononnya mereka boleh menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.

Perdana Menteri yang dipetik Kosmo Online sebagai berkata, realiti pada PRU-13 ialah kaum Bumiputera dan masyarakat India masih memberi sokongan kepada kerajaan pimpinan BN untuk terus menerajui negara berdasarkan mandat yang diperoleh.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, parti-parti pembangkang terutama DAP telah memberi gambaran salah kepada masyarakat Cina bahawa dengan undi mereka, kerajaan sedia ada akan bertukar.

“Mereka (pengundi) dikelentong dan ditipu pembangkang. meskipun di sesetengah tempat sampai 90 peratus atau 80 peratus mengundi pembangkang, BN masih mendapat sokongan orang Melayu, Iban, Kadazan dan India untuk membolehkan BN kekal membentuk kerajaan.

“Hakikat sebenarnya, BN terus dapat mengekalkan kuasa hasil sokongan kaum-kaum lain. Kerajaan BN tidak tumbang walaupun sebahagian besar kaum Cina menyokong pembangkang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ahli-ahli Parlimen BN yang berjaya memenangi kerusi masing-masing pada PRU-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelas Najib, pembohongan DAP pada PRU-13 sama seperti yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mahu mengambil alih negara pada 16 September 2008.


Perdana Menteri berkata, pembangkang turut menipu rakyat mengatakan pengundi dari Bangladesh telah dibawa masuk ke negara ini, sedangkan ia bukan sahaja tidak berlaku sama sekali, malah tiada bukti mengenainya.


“Ikut logik, kalau kita bawa 40,000 pekerja Bangladesh dengan pesawat jumbo Boeing 747, muatannya 400 orang, kena ada 100 buah pesawat yang akan mendarat di sini.

“Sampai sekarang tiada bukti, tidak logik, adakah orang melihat 100 buah pesawat mendarat? Ini satu penipuan besar semata-mata nak berkuasa,” tegasnya.

Najib turut membidas sikap selektif pembangkang yang menolak keputusan PRU-13 di peringkat nasional, sebaliknya menerima keputusan di negeri-negeri yang mereka menangi iaitu Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

“Ini sistem kita, kita kena terima sistem ikut perlembagaan kita. Anehnya dia (pembangkang) pertikai keputusan di peringkat nasional tetapi di peringkat negeri, mereka terima.

“Apa yang peliknya dia dah angkat sumpah di Kelantan dan Pulau Pinang.

“Kalau tidak terima, jangan terima semua kerana dia terima peringkat negeri tak terima di nasional, ini tidak logik,” ujar beliau.


Setelah Pakatan Rakyat memenangi 30 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dalam PRU-13 Ahad lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng 53, mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada pukul 11.30 pagi Di Seri Mutiara, Georgetown, Pulau Pinang semalam.

DAP berjaya mengekalkan kesemua 19 kerusi DUN yang dimenanginya pada PRU-12, tahun 2008, manakala Parti Keadilan Rakyat memenangi 10 kerusi dengan pertambahan satu kerusi iaitu DUN Seberang Jaya Pas pula kekal dengan kerusi tunggalnya, di DUN Permatang Pasir.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List