Tuesday, 14 May 2013

PAKATAN JANGAN NAK "PERASAN" POPULAR!

-KATA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN SEMUANYA SEKOLAH TINGGI-TINGGI BELAKA BAGAIMANA PULA "LIMA" DITAKRIFKAN LEBIH BANYAK DARI "SEMBILAN"! ITULAH AKIBATNYA KETERLALUAN NAFSU INGINKAN SESUATU WAIMA DENGAN APA CARA PUN JUA, BAIK SECARA BENAR ATAU SEBALIKNYA HINGGA FAKTA YANG SEBEGITU NYATA TIDAK MENYEBELAHI MEREKA PUN DEPA CUBA NAK SPIN JUGA? YE LE SERUPA CAM KES AHLI PKR DITUDUH BANGLA NAK MENGUNDI ARI TU! KEKEKE!!!-


Persepsi terkini disebarkan oleh Pakatan yang kononnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini sebenarnya telah dimenangi mereka berdasarkan undi popular adalah satu bida'ah murahan semata-mata.

Statistik keseluruhan keputusan PRU-13 jelas menunjukkan undi popular Pakatan hanya di lima negeri iaitu di Selangor, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang menhuraikan perkara ini dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan berkaitan isu Pasca-PRU-13 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kula Lumpur semalam.

Undi popular mereka cuma 49.9 peratus, undi popular Barisan Nasional (BN) 47 peratus, tiga peratus lagi itu undi rosak dan undi calon Bebas, tegasnya sambil menambah secara keseluruhannya, BN telah mendapat undi popular di sembilan negeri melebihi Pakatan yang mendapat undi popular di lima buah negeri sahaja.

Ahmad Maslan yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, daripada lima negeri pembangkang dapat undi popular, jumlah tertinggi datangnya daripada Selangor iaitu satu juta berbanding BN sebanyak 600,000 undi popular.

"Perbezaan undi popular ini hanya 400,000 iaitu di Selangor sahaja dan bukannya bermakna seluruh negara yang menolak BN sepertimana yang ingin Pakatan gambarkan kepada seluruh dunia!"

"Dengan hanya kelebihan tiga peratus undi popular pembangkang tidak seharusnya mengatakan mereka layak menjadi kerajaan kerana ianya adalah amat tidak benar kerana kita mengamalkan 'sistem first past the post'," jelasnya sambil menambah pihak yang mencapai keputusan maka dialah yang mendapat jawatan itu.


-UnReportedNews™®

2 comments:

  1. anwar sejak dulu terbukti seorang pembohong di siang hari. memanipulasi fikiran rakyat dengan tujuan menghasut. dah diberi peluang dalam kerajaan untuk jadi PM. tapi dia meliwat pula. sekarang anwar adalah sampah umno.

    ReplyDelete
  2. tolak pembohong bersiri. tolak anwar. kaki rusuh. perosak negara.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List