-PENYANDANG KERUSI PARLIMEN SANTUBONG DATUK DR HAJI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR YAKIN PBB MASIH RELEVAN SEBAGAI PARTI DOMINAN KAUM MELAYU & BUMIPUTERA SERTA DAKWAAN "UMNO" HENDAK MENYUSUP MASUK KE SARAWAK TIDAK MENDAPAT RESTU UMNO PUSAT & HANYALAH SEBAGAI GIMIK DICANANG OLEH SESETENGAH INDIVIDU! TAKDE MODAL LAH TU! KEKEKE!!!-
Rancangan pihak tertentu yang berhasrat membawa UMNO memasuki Sarawak adalah tindakan sia-sia kerana perbincangan perlu dijalankan bersama parti komponen negeri terlebih dahulu.
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tanpa persetujuan parti komponen negeri, hasrat membawa UMNO memasuki Sarawak tidak akan berhasil.
"Mana-mana pihak yang menuntut sebagai wakil UMNO harus sedar bahawa kalau hendak masuk Sarawak mereka harus berbincang dengan parti komponen negeri ini.
Affendi Jeman |
"Sesiapa sahaja yang menuntut dan mempromosi UMNO di Sarawak tidak akan mendatangkan faedah selain merupakan tindakan sia-sia," katanya kepada pemberita semasa Program Pemimpin Bersama Masyrakat di Bandar Baru Semariang.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Calon Bebas Parlimen Santubong Affendi Jeman bahawa tujuan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah untuk membawa UMNO memasuki Sarawak.
Wan Junaidi yang juga penyandang Parlimen Santubong untuk tempoh dua penggal menjelaskan, kenyataan yang dibuat Perdana Menteri dari era Tun Mahathir Mohammad tidak pernah sekalipun mengiktiraf untuk membawa UMNO ke negeri ini.
"Oleh itu orang Melayu dan Bumiputera di negeri ini tidak perlu mempercayai dakwaan ini dan kita tidak boleh terima hakikat bahawa ada orang menaja UMNO dan mustahil hanya seorang sahaja yang berhasrat membawa UMNO," ujarnya sambil menambah, Sarawak mempunyai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berperanan sama seperti UMNO yang memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
"PBB merupakan tulang belakang BN di Sarawak. Kita lihat setiap kali pilihan raya, PBB mendapatkan kecemerlangan dan sebab utma inilah, kenapa UMNO tidak masuk ke Sarawak," jelasnya sambil menyatakan, beliau tetap yakin Parlimen Santubong merupakan kubu kuat BN.
"Pengundi di Parlimen Santubong bijak menilai. Mereka juga sedar perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri," kata Wan Junaidi.
-UnReportedNews™®
Salam,
ReplyDeleteKeadaan tidak mengizinkan UMNO bertapak di Sarawak buat masa ini.
PBB serta rakan2nya dlm Barisan Nasional Sarawak masih kukuh dan mendpt kepercayaan rakyat Sarawak.
Saya kagum dgn kepempimpinan BN Sarawak.Tidak dinafikan memang terdapat kelemahan2 di beberapa aspek.Pehin Sri Taib sendiri mengakui masih banyak perancangan yg belum selesai.Mangambil masa kata beliau.Pengakuan terbuka begini menunjukkan kejujuran.Mana ada kerajaan 100% perfect.
Politik pembangunan yg diamalkan dlm urustadbir terbukti berkesan membangun n memajukan Sarawak.Tambah lagi dgn program2 Transformasi kerajaan BN Pusat Sarawak terus membangun dgn pesat.
Maka BN perlu kekal memerintah Sarawak.