Monday, 8 April 2013

PEMILIHAN CALON PAKATAN MASIH BERSERABUT!

-CAMNER PULAK NI? KATA HANGPA SEPAKAT TAPI SEBESAR HAMA PUN HANGPA TAK MENUNJUKKAN PERSEFAHAMAN! CAMNER HANGPA NAK MENTAKBIR NEGARA  (JIKA DITAKDIRKAN MENANG-FUH! SELISIH MALAIKAT 44)? BARU BUKA BUKU BAB NI HANGPA MASING-MASING DAH TUNJUK KERAS KEPALA! AMBOI PAK AJI, KEMBANG HIDUNG BILA DENGAQ "JIKA DITAKDIRKAN MENANG" TADI, PAK AJI & PAKATAN HARUS INGAT, KEJAYAAN SEBUAH NEGARA TAK BERGOLEK DATANG BEGITU SAJA TAPI IANYA ADALAH HASIL PENGORBANAN, KOMITMEN SEPENUHNYA & YANG TERPENTNG, KEIKHLASAN BERKHIDMAT SEPERTI YANG BN AMAKAN SELAMA INI! KEKEKE!!!-

Apa kena dengan Anwar Ibrahim semenjak dua menjak kebelakangan ni ye? Apa saja yang dirancang semuanya bagaikan tidak menjadi pula. Apakah ini sebenarnya petanda-petanda awal yang karier politiknya kian sudah menghampiri pnghujungnya?

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu ternyata gagal untuk menamakan calon-calon parti itu di Perlis berikutan rundingan pembahagian kerusi antara sekutu mereka iaitu PAS dan DAP masih menemui jalan buntu.

Difahamkan, Anwar, yang juga merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya mengumumkan senarai calon mereka semasa berceramah di Kampung Seberang Ramai di sini pada malam Ahad.

Bagaimanapun beliau secara tergesa-gesa meninggalkan majlis selepas menyampaikan ucapan ringkas tanpa membuat sebarang pengumuman.

Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abd Rahman berkata hingga kini masih terdapat beberapa isu berkaitan kerusi Parlimen Kangar dan Indera Kayangan yang masih belum dapat diselesaikan.

"Secara tradisinya kedua-dua kerusi berkenaan diisi oleh calon PKR, namun pada pilihan raya kali ini PAS sangat berminat untuk mengintai kerusi Kangar manakala DAP berminat dengan kerusi Indera Kayangan," katanya.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang menegaskan  bahawa Parlimen Kulai dan Bakri (Johor) merupakan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya umum akan datang.

"Tempat itu adalah kerusi DAP, noktah," tegas Lim ketika diemui ditemui pemberita selepas pelancaran jentera pilihan raya DAP Johor di Johor nBaru di sini semalam sambil menambah, terpulang kepada semua pihak untuk membuat spekulasi kerana beliau tidak mahu mengulas lanjut isu itu. 

"Anda akan tahu (siapa bertanding) bila kami (DAP) umumkan. Teruskanlah kalau mahu membuat spekulasi, tetapi kerusi Bakri dan Kulai milik DAP. Itu sahaja," katanya. 

Kenyataan kerasnya itu dilihat sebagai usaha bagi menghentikan spekulasi bahawa Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dijangka bertanding sama ada di Parlimen Bakri atau Kulai selepas PKR bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di Gelang Patah.

Lim sepatutnya mengumumkan calon yang bakal bertanding di Parlimen Bakri ketika berceramah di Muar, semalam. 

Sebelum ini Chua adalah antara calon-calon Pakatan Rakyat yang menunjukkan minat untuk bertanding di Gelang Patah namun kedudukan itu diberikan kepada Lim oleh rakan sekutunya Anwar Ibrahim.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List