Saturday, 6 April 2013

ANWAR IBRAHIM SEMEMANGNYA "JANTAN"!

-MENAMATKAN SPEKULASI YANG BELIAU AKAN BERTANDING DI PERAK DALAM PRU KE-13 NANTI, ANWAR MENEGASKAN AKAN TETAP BERTANDING DI PERMATANG PAUH DALAM PRU KE 13 NI! AMBOI BERANINYA BANG ANU! BERANI KAH ATAU SENGAJA NAK "COVER LINE"?! KEKEKE!!!-

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia merancang untuk bertanding di Perak baru-baru ini.

Beliau dipetik oleh mStar sebagai berkata, dia ingin bersama pengundi dan penyokong setianya di kawasan tersebut.

Katanya, beliau terhutang budi dengan penduduk di Permatang Pauh yang sentiasa menyokongnya walaupun dia tidak lagi bersama parti memerintah dan kerajaan.

"Isteri saya (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) pada awalnya tidak bersetuju apabila saya memberitahunya bahawa saya sedang mempertimbangkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun di Perak.

"Beliau berkata rakyat di Permatang Pauh adalah penyokong setia yang sentiasa berdiri dibelakangnya dan PKR selama ini," katanya pada ceramah di Taman Seri Pauh, Permatang Pauh di sini, Jumaat.

Terdahulu, ketika sesi bertemu penduduk di Kubang Semang, Anwar berkata beliau memerlukan masa untuk membuat keputusan mengenai kerusi yang akan ditandingi iaitu sama ada akan mempertahankan kerusi Permatang Pauh atau berubah angin ke Perak.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat memenangi tiga kerusi Parlimen Parit Buntar, Bagan Serai dan Gopeng di Perak pada pilihan raya umum 2008.

Menurut beliau, keputusan untuk mempertimbangkan Perak adalah sebagai strategi politik untuk meningkatkan sokongan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail akan bertanding di kerusi Tambun, kata Anwar.

Anwar merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 apabila beliau menyertai Umno.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil alih kerusi tersebut pada pilihan raya umum 1999 apabila beliau dipenjarakan atas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar memenangi semula kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas kerusi tersebut dikosongkan oleh Wan Azizah.

-UnReportedNews™®

Artikel berkaitan

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List