Monday, 4 March 2013

PENCEROBOH LAHAD DATU, SERAH DIRI ATAU TERIMA AKIBATNYA

-MASA BERUNDING TELAH PUN TAMAT .. TINDAKAN PENCEROBOH YANG MENDAKWA SEBAGAI ASKAR DIRAJA SULU SEUMPAMA LANUN MODEN BERSENJATA MASUK KE SABAH! JAMALUL YANG MENGAKUI DIRINYA KETURUNAN SULU KINI BERDALIH SEKIRANYA FILIPINA MENGIKTIRAF TUNTUTANNYA KE ATAS SABAH! WAHAI "TUANKU", MENGAPA RAKYAT SABAH/MALAYSIA YANG MENJADI MANGSA PULA? ITU HAL TUANKU & FILIPINA .. APAHAL MENCEROBOH LAHAD DATU PULA? LANDING LE KAT MANILA! JANGAN NAK MEMERAS UGUT MALAYSIA PUAK LANUN! KEKEKE!!!-


Operasi menyelamat PDRM di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu supaya menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

"Masa untuk mempertimbangkan apa juga permintaan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina sudah berakhir," katanya dipetik Bernama sambil menambah kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini, kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang, Selangor.

"Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi semalam, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya.

Najib berkata tindakan mereka menceroboh ke negara ini dengan bersenjata, dan diikuti dengan pembunuhan dua anggota keselamatan negara serta mencederakan tiga lagi anggota polis Komando VAT 69 bererti mereka telah melakukan jenayah yang cukup berat.

Untuk itu, kerajaan tidak akan membuka pintu rundingan lagi ataupun mempertimbang permintaan mereka, tegasnya namun enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri kerana perkara itu melibatkan hal berkaitan dengan rancangan taktikal." 

Jamalul-Nasi dah jadi bubur baru nak berunding?
Dalam masa yang sama, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III berkata kepada Philippine Daily Inquirer/ beliau masih lagi membuka pintu rundingan dengan pentadbiran Aquino walaupun kerajaan Filipina itu menyebelahi kerajaan Malaysia.

Insiden keganasan di Sabah yang telah menyebabkan 22 kematian hanya akan tamat secara aman sekiranya Manila bersetuju dengan tuntutan pengikut Kiram yang mendakwa negeri utara Borneo itu adalah milik keturunan Sultan Sulu, katanya kepada akhbar Filipina pada Ahad di kediamannya di sana petang Ahad..

"Rundingan masih belum terlambat kerana saya mengatakan semuanya masih terbuka," kata Jamalul, yang mendakwa beliau merupakan keturunan diraja Sulu yang memiliki negeri Borneo namun keluarganya hanya menuntut tanah mereka di Sabah.

Adik kepada Jamalul, Agbimuddin Kiram, dilaporkan mengetuai sekumpulan lelaki bersenjata sekitar 100 hingga 200 orang telah menceroboh Lahad Datu, Sabah, pada 9 Februari dan berakhir dengan pertempuran dengan pihak berkuasa Malaysia di tiga kawasan.

Portal Borneo Insider pula dilaporkan berkata Agbimuddin pernah berkhidmat sebagai pembantu Pegawai Daerah Kudat ketika Tun Mustapha Harun menjadi Ketua Menteri Sabah.

Jamalul berkata kepada pemberita beliau pelik kenapa Filipina menyebelahi Malaysia, "Kenapa tidak menyokong kami? Kami rakyat Filipina tetapi mereka menyokong Malaysia.” 

Mendedahkan penyokongnya menyeludup ke Sabah hanya mahukan penyelesaian terhadap tanah yang didakwa menjadi milik mereka, dia berkata kepada pemberita, ianya bukan bahan jenaka namun adalah masalah besar sambil menambah bangsa Tausugs dan Filipina juga sedia mati untuk tujuan itu.

Sementara itu, anak perempuan Kiram, Jacel Kiram, dilaporkan berkata keluarganya mahu berjumpa dengan wakil dari Presiden Filipina, Presiden Benigno Aquino III, yang menjadi jurucakap kerajaan.

"Jika mereka serius, mereka patut duduk dan berbincang dengan kami tanpa melalui orang tengah. Ini isu nasional, malah isu antarabangsa. Kenapa tidak kerajaan berjumpa kami?," katanya.

Jacel turut menadikan laporan Filipina bahawa pentadbiran Aquino telah menghantar wakil untuk berbincang dengan keluarga berkenaan dan mereka bercakap dengan Mujiv Hataman, yang menjadi pegawai bertugas dalam Wilayah Autonomi Muslim Mindanao.

Menggesa pengikut keluarga berkenaan untuk bertenang dan tidak melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan Malaysia yang menganggap mereka di Sabah sebagai “musuh”, dia turut mengingatkan Muslim Filipina bahawa rakyat Malaysia di negara berkenaan juga bukan musuh.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di petik Bernama sebagai berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya pada sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya sambil memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.

-UnReportedNews™®


No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List