-ITU LER PENGORBANAN KAK WAN KEPADA BANG ANU..PERSOALANNYA; BERBALOI KER? BAGAI MENCURAH AIR DI DAUN KELADI!!! KEKEKE!!!-
Artikel Agenda Daily. Di antaranya :
Bekas ahl parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.
Akan tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.
“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” Dr Wan Azizah dipetik dari sebuah portal berita hari ini.
“Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” tambah ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar itu.
PKR Selangor telah menawarkan empat “kerusi Dun selamat” kepada beliau — Kota Anggerik, Seri Muda, Seri Setia dan Sementa.
Wan Azizah mula bertanding dalam pilihanraya umum 1999 selepas Anwar didakwa kes liwat.-
Sumber: Dr. MiM
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®