-SIKAP INITIATIF & PROAKTIF JABATAN KEBAJIKAN SARAWAK PERLU DI CONTOHI KERANA MENGAMBILKIRA KEBAJIKAN KELUARGA BEKAS PEKERJA YANG DI PECAT..PEMBANGKANG ADA? KEKEKE!!!-
Nasib bekas pekerja Sanmina-CSI Corporation (M) Sendirian Berhad yang diberhentikan secara mengejut terbela apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) hari ini mengambil inisiatif memberi bantuan segera.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Hajah Fatimah Abdullah berkata, bantuan segera diberikan kepada bekas pekerja ini berikutan keadaan mereka yang putus punca pendapatan sebelum memperoleh pekerjaan baru.
“Bantuan persekolahan RM500 diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah dan RM300 diberikan kepada bekas pekerja ini hanya pada kali ini sahaja,” katanya.
Fatimah menambah, anak bekas pekerja itu akan
didaftar dibawah skim Bantuan Kanak-kanak (BKK) dan sekiranya layak, mereka
akan menerima RM100 hingga RM450 setiap bulan namun akan dinilai selepas
setahun kemudian.
“Kita juga memberikan bantuan keperluan asas
untuk setiap keluarga dan kaunter pendaftaran e-kasih dibuka untuk menyimpan
data mereka,” ujarnya.
Selain itu, agensi lain turut terlibat sama
dalam usaha membela nasib bekas pekerja Sanmina-CSI seperti Jabatan Tenaga Kerja
(JTK) yang mengadakan program ‘job-matching’ sebagai usaha membantu pekerja
berkenaan di Padawan baru-baru ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak bekas pekerja ini, James Jalai merakamkan setinggi penghargaan kepada
pihak JKMNS atas bantuan berkenaan.
Semalam, seramai 643 bekas pekerja Sanmina
hadir pada sesi bantuan segera semalam dan sekira ada pertanyaan mengenai
program ini, mereka boleh menghubungi no talipon : 082-448534 Jabatan Kebajikan
Sarawak (masa pejabat).
Hadir sama, Setiausaha JKMNS, Rodziah Morshidi,
Pengarah JKMNS, Noriah Haji Amat, Pegawai Daerah Kuching, Mahri Sarpawi dan
Pegawai JTK, Barnabas Ahjan.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®