Friday, 9 November 2012

BARISAN NASIONAL SARAWAK TERBUKA

-AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI ASAJAYA KARIM HAMZAH MENYIFATKAN TINDAKAN BEBERAPA INDIVIDU "MERISIK" ADALAH AMALAN BIASA NAMUN HENDAK MENGIKUTI ETIKA SERTA TIDAK MEMBURUK-BURUKKAN INDIVIDU LAIN DALAM MERAIH SOKONGAN-
Memang menjadi kebiasaan mereka-mereka yang berminat bertanding dlm PRU merisik-risik dengan berjalan-jalan dari kampung ke kampung.

"Tidak mengapa, kerana kita tidak menegah apa yang mereka lakukan asalkan mereka berhemah dan tidak memburukkan personaliti--pesonaliti yang lain," jelas Karim, yang juga Menteri Muda Perumahan ketika ditemubual UnReportedNews™® menerusi MMS sebentar tadi.

"BN Sarawak terbuka berkenaan perkara ini dan sehingga nama diumumkan, tiada arahan diberi kepada sesiapa untnk "berjalan" atas tiket BN kecuali mereka adalah wakil rakyat sedia ada BN yang berjalan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat," tegasnya lagi.

Beliau di tanya tentang terdapat segelintir anggota BN yang bergerak secara sendiri seolah-olah mempromosikan calon mereka sendiri dan baru-baru ini, kumpulan ini telah memasuki berberapa kampung di salah sebuah kawasan Parlimen berdekatan dengan Bandaraya Kuching ini.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List