Friday, 3 August 2012

PAS MEMBANTU DAP MENGHAKIS KUASA ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA?

-SEDAR TAK SEDAR, PAS SEAKAN SERING MENG“HALAL”KAN SETIAP TINDAKAN YANG NYATA MEMBERI KELEBIHAN PADA DAP NAMUN SEBALIKNYA “MENINDAS” GOLONGAN SEBANGSA & SEAGAMA MEREKA SENDIRI,PERJUANGAN PAS KINI JAUH TERPESONG DARI JIHAD ASAL-MEMPERJUANGKAN ISLAM, MEREKA KINI HAMBA DAP, PATUH PADA ARAHAN "HAJI LIM KIT SIANG", "HAJI KARPAL SINGH" ATAU SESIAPA SAJA "HAJI-HAJI" DAP! KEKEKE!-


PAS nampaknya keseorangan dalam memperjuangkan Islam dalam pakatan haram. Walaupun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengatakan partinya sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.

Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam pakatan haram adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Apabila ketiga-tiga pemimpin pakatan haram Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau 'Common Policy Framework (CPF)' pada Disember 2009, antara yang disetujui ialah persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi di dalam Buku Jingga yang dilancar pada MaRch 2011. 

Di dalam CPF,PAS terpaksa (baca : dipaksa) mengorbankan tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.

Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam seperti yang diidamkan oleh PAS.

Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam pakatan haram sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi kenyataan adalah sebaliknya.

PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu.

Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.

Alasan DAP dan PAS 'bersetuju untuk tidak bersetuju' mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu telah kalah dalam mempertahankan prinsip.

Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS sudah kecundang, bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan Rakyat berkuasa ???

Lama sebelum menyertai pakatan haram DAP sudah pun jelas menentang Hukum Hudud.

Sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh, 'Islamic state over my dead body' pada 1990.

Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.

Agenda bersama PKR dan DAP untuk melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.

Selepas ucapan tersebut, malangnya tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah, malah mereka turut serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.

Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

Inilah yang diperjuangkan UMNO bermatian sejak 66 tahun lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung kepada keutuhannya.

Pemimpin Melayu yang berada di dalam pakatan haram semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu, takut-takut nanti DAP akan melenting.

Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.

Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, menyebar dan mengembang agama tanpa sebarang batasan undang-undang, penegahan ataupun larangan.

Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang telah diberi kepadanya berhubung isu ini.

Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR atau dalam bahasa Inggerisnya, 'PAS have sold its soul to the devil'.

Sumber: Badut Rakyat


-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List