“Mummy, tolong, tolong,” itulah kata-kata terakhir Siti
Khuzaimah Annuar, 27, apabila menghubungi ibunya sebelum helikopter dinaikinya
bersama tiga yang lain terhempas, pagi kelmarin.
Sebaik jeritan meminta tolong sebanyak dua kali dan
sebelum sempat ibunya membalas, talian terus terputus, dipercayai akibat
helikopter terhempas di muara Sungai Lupar-Sungai Lingga di Bahagian Sri Aman.
Hashimah Fadzli, 51, yang panik selepas panggilan anaknya
terputus, cuba menghubunginya semula namun gagal, sebelum bersama keluarganya
bergegas ke Pejabat Sebiro Holdings di Simpang Tiga, di mana Siti Khuzaimah di tempatkan oleh syarikat konsultantnya dalam satu usahasama projek sekolah, untuk mendapat kepastian mengenai apa yang berlaku.
Dalam pada itu, juruukur bahan yang memanggil ibunya
dengan panggilan mummy, dikatakan berkelakuan aneh apabila meninggalkan
sekeping gambar kepada ibunya sebelum keluar rumah jam 7 pagi kelmarin.
Anak sulung daripada tiga beradik yang baru pertama kali
menaiki helikopter dan sepatutnya pulang pada petang sama, dikatakan meminta
ibu menyimpan gambarnya sehingga menghairankan Hashimah.
Anggota keluarganya yang ditemui di kediaman mangsa di
Lorong Haji Babel, Jalan Semaring di sini, semalam, mengesahkan perkara
berkenaan.
Hashimah dan suaminya, Annuar Musaddad Razali, 53, bersama
ahli keluarga lain berada di jeti Sebuyau ketika mayat Siti Khuzaimah ditemui
semalam.
Mayat Siti Khuzaimah ditemui di perairan Kampung
Triso-Pulau Burung jam 9.15 pagi semalam dan tiba di Jeti Sebuyau jam 11 pagi.
Allahyarhamah Siti Khuzaimah adalah lepasan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan baru dua tahun setengah menyertai sebuah syarikat konsultant sebagai jurukualiti bahan dan dia di"attached"kan dengan Sebiro Holdings dalam satu usahasama projek sekolah.
Allahyarhamah bertunang dengan pegawai Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN), Mohd Faithullah Ali, 27, pada 1 Januari lalu dan sepatutnya melangsungkan
perkahwinan Disember ini.
Kedua-dua ibu bapa mangsa enggan ditemui media kerana
terlalu sedih.
Difahamkan, Allahyarhamah Siti Khuzaimah juga meluahkan
rasa takut untuk menaiki helikopter kepada seorang lagi mangsa, Peter Ato
Mayau, 53, (jurutera kanan), namun Peter Ato yang sudah biasa menaiki
helikopter memberitahunya supaya jangan risau.
Mayat terakhir mangsa helikopter terhempas tersebut iaitu
Henry Loh, 43, di temui di persisiran telok Triso di Sri Aman oleh seorang nelayan yang kemudiannya menghunbungi mereka yang
terlibat dalam operasi menyelamat dan mencari pada jam 7.40 pagi tadi.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®