-TUHAN MEMANG ADIL .. SATU
DEMI SATU MUSIBAH (YANG DICARINYA SENDIRI) TERUNGKAI .. KINI KES ANWAR IBRAHIM
DITUDUH MELIWAT SAIFUL BUKHARI AZLAN DIBUKA SEMULA WALAUPUN PUAK-PUAK
PEMBANGKANG DAH MENGANGGAP IANYA TERKUBUR .. DENGAN PRU KE-13 HAMPIR TIBA, MALAPETAKA
YANG MENIMPA PR SEMAKIN MENJADI & NYATA MEMBUATKAN ANWAR SESAK DADA! ..
KEKEKE!-
Saya bersyukur kehadrat
Allah SWT dan menerima baik keputusan Pihak Peguam Negara didalam memfailkan
Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan kelmarin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012 yang telah melepas dan membebaskan tertuduh.
Saya dan keluarga ingin
menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Petisyen Rayuan tersebut, hak untuk
aduan saya sebagaimana laporan polis yang saya buat pada tahun 2008 didengar
dan melalui proses keadilan sehingga ke peringkat Mahkamah yang tertinggi
menurut undang-undang adalah terlaksana.
Kami berharap, tarikh rayuan
yang bakal ditetapkan kelak tidaklah terlalu lewat dan prosiding berjalan
dengan lancar.
Untuk rekod, pada 28 Jun
lepas, genap 4 tahun dari hari saya membuat laporan polis. Walaupun ia satu
tempoh yang lama, namun saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar, tidak
sesekali saya akan menyerah kalah.
Akhir kalam, Saya dan
keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara
langsung dan tidak langsung memberi sokongan kepada saya agar hak saya sebagai
warganegara untuk melalui proses keadilan ke peringkat Mahkamah Rayuan
terlaksana.
Kepada Allah saya berserah.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
11hb Julai 2012
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®