-INI KENYATAAN DARI MENTERI PERLANCONGAN SARAWAK .. MACAM MANA AGAKNYA KOMEN-KOMEN PELANCONG-PELANCONG ASING YANG MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA YE .. JAWAB MB SELANGOR JAWAB .. KEKEKE!-
Macamana pembangkang nak jaga satu Negara? Pembangkang
nak jaga negeri Selangor pun tak mampu nak bekalkan air kepada rakyat dia
sendiri.
Ini kata-kata Menteri Perlancongan dan Perumahan Sarawak Datuk
Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg ketika memberitahu UnReportedNews™® tentang pengalamannya ketika melawat
Negeri Selangor baru-baru ini.
“Saya bersama isteri saya (Datin Hajah Juama’ani Tuanku
Haji Bujang) menginap di Hotel ….. iaitu salah sebuah hotel yang terkemuka di
Kuala Lumpur namun malangnya air di hotel lima bintang tersebut berwarna kuning
macam air teh susu!”
“Sehingga isteri saya bertanya kepada saya macam mana nak
mandi kerana kami di jadualkan menghadiri majlis yang melibatkan Permaisuri
Agong,” tambah Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Satok.
“Hati saya tak tertahan sehinggakan saya turun ke bawah
bertemu dengan kakitangan hotel tersebut untuk bertanya hal demikian namun
mereka hanya mampu memohon maaf atas
perkara tersebut.”
“Malang sungguh hotel tersebut berada di dalam kawasan
bekalan air Syabas yang kini menghadapi masalah air kerana dek kerajaan pembangkang negeri
Selangor tidak mampu menyelesaikan masalah tersebut.”
Johari di temui ketika merasmikan mesyuarat tahunan Persatuan
Bekas Polis Sarawak yang turut di hadiri oleh yang Di Pertua persatuan tersebut
iaitu Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Timbalan Speaker Parlimen
Malaysia dan juga Ahli Parlimen Santubong.
“Ini pengalaman saya sendiri, bukan dari cerita orang atau
cerita tipu dan ya, keadaan air di negeri Selangor memang teruk sehinggakan
macam air teh susu jadi saya tak dapat membayangkan kredibiliti kerajaan
pembangkang yang tak mampu menyelesaikan masaalah air di sebuah negeri itu
hendak menjadi kerajaan Malaysia..lingkuplah Negara ini,” tambahnya lagi.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®