Wednesday 4 April 2012

YE LER TU ANWAR, KO MEMANG PANDAI MENJAHANAM!

-JANJI-JANJI-JANJI, ITU JER KEPANDAIAN PR NAMUN SATU PUN TAK PERNAH DITUNAIKAN & KINI MUNCUL KEMBALI KEHANGATAN PILIHANRAYA, MAKA "BANG ANU" MULA "MELATIHKAN" DIRI  MENABURKAN "JANJI-JANJI BARU" SEPERTIMANA YANG DILAKUKAN OLEH PR DALAM PRU 12 PADA TAHUN 2008-

Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Lihat betapa teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal.

Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.

Kalau begitulah cara beliau berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.

Semua rakyat faham, harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.

Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.

Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.

Cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.

Tengok sahaja di Selangor bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Kalaulah Pakatan Rakyat berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?

Jika setiap janji Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!

Ini baru termasuk janji air percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan warga emas dan sebagainya.

Pakatan Rakyat tidak pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.

Kini yang dibaca di dalam laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat swasta.

Inilah cara Anwar mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Bunyi jawatannya amat gah dan mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya akan merugikan negeri dan negara.

Mungkin sebab itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!


PS:Kalo semua dah free..mampus lah negara ni..agak-agak lah sikit nak berbohong tu Bang Anu oi..

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List