Thursday, 28 December 2017

Tebedu Inland Port Bakal Dihidupkan Semua – TPM


KUCHING: Tebedu Inland Port bakal dihidupkan semula sebagai pelabuhan darat yang maju disamping member manfaat kepada rakyat khususnya di Serian selain menggalakkan aktiviti di Pelabuhan Kuching.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu mengambil kira potensi sempadan Tebedu – Entikong, yang mana kerajaan telah merancang mewujudkan zon perdagangan dikawasan tersebut untuk memberi manfaat ekonomi kepada penduduk kedua-dua negara.

Menurutnya lagi, ianya merupakan lanjutan daripada Rundingan Tahunan Ke -12 antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia di Kuching pada 22 November 2017 yang lepas.

“Rundingan tersebut telah mencapai kata sepakat untuk membuka semula aktiviti perdagangan di sempadan Tebedu – Entikomg setelah Perjanjian Sempadan (Border Trade Agreement – (BTA) dan Perjanjian Lintas Batas (Border Cross Agreement - BCA) ditandatangani oleh Malaysia dan Indonesia,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan rasmi ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Tebedu di Kompleks ICQS Tebedu hari ini.

Sehubungan itu, Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ianya juga adalah selaras dengan arahan Perdana Menteri untuk menyediakan infrastruktur ICQS yang lebih baik dan setaraf dengan CIQ di Entikong Kalimantan yang dinaiktaraf oleh kerajaan Indonesia.

“Kementerian Dalam Negeri juga akan mengkaji semua skop projek ICQS Tebedu yang diluluskan sebelum ini bagi menentukan keperluan sebenar bagi menaiktaraf atau pembinaan ICQS yang baru,” katanya lagi.

Dalam lawatan tersebut, Zahid telah diiringi Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, menteri-menteri kabinet Sarawak dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan. – Sarawakiana

-UnReportedNews™®

Tuesday, 26 December 2017

"Perangkap Maut" Di Padang Merdeka..?


SEORANG lelaki, Dina Dzulkarnain Asan, 29-tahun, ditemui mati lemas di dalam terusan air bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di Jalan Tun Abang Haji Openg berdekatan Padang Merdeka, di Kuching di sini sebentar tadi.

Mangsa, dalam lingkungan 30-han yang menaiki sebuah motorsikal dipercayai terlanggar penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam lubang yang dipenuhi air sedalam hampir dua kaki ditengah jalan tersebut.

Mayat mangsa ditemui dibawah motorsikal yang terbenam didalam air.

Pihak polis, ambulan (Hospital Umum Sarawak) dan bomba (Balai Bomba dan Penyelamat Padungan) dikejarkan ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh orang awal akan kejadian tersebut pada jam 7 pagi.


Seorang pengguna jalanraya yang kebetulan berada di situ meluahkan perasaan yang pembinaan terusan tersebut mengambil masa begitu lama sehingga menjadi "perangkap maut" khususnya pengguna motorsikal.-UnReportedNews™®

Monday, 18 December 2017

Setiap Calon PRU14 BN Sarawak Harus Disaring SPRM, Polis, LHDN dan Imigresen - Abg Jo


KUCHING:  Semua calon parti itu dari Sarawak untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan datang wajib menjalani saringan pelbagai agensi kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setiap calon BN Sarawak akan disaringkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia sebelum mereka diisytiharkan sebagai calon.

"Mereka perlu mempunyai rekod yang bersih kerana kita tidak mahu jika ada di kalangan mereka yang tidak layak, termasuk bukan bertaraf kerakyatan Malaysia," tegasnya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan Satok di sebuah hotel terkemuka di sini sebentar tadi.

"Kita juga harus mengambil iktibar apa yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri Australia, dimana beliau terpaksa melepaskan jawatannya kerana isu kerakyatan," katanya sambil menambah, apa yang berlaku kepada Adun Pujut, Dr Ting Tiong Choon, yang terpaksa mengharungi proses mahkamah juga harus diambilkira.

Abang Johari juga yakin semua calon akhir untuk Parlimen akan melalui proses yang sama kerana Pengerusi Barisan Nasional Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Razak semestinya tidak akan berkompromi terhadap perkara yang boleh menimbulkan masalah kepada parti.

Memberi gambaran 40 peratus dari calon PBB adalah muka-muka baharu, Abang Johari menyatakan, ia (mengetengahkan muka baharu) adalah tradisi PBB dan kita akan terus mempraktikkannya.

Dalam masa yang sama, Abang Johari menegaskan, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBB akan bertanding di kerusi Parlimen pada kali ini.


"Dan saya juga telah mengesyorkan perkara yang sama kepada semua parti komponen BN Sarawak yang lain," katanya lagi.

-UnReportedNews™®

Sunday, 17 December 2017

Guru Patut Jadi Contoh Hidup Bertoleransi - Dr Annuar Rapaee



Guru sepatutnya menunjukkan contoh yang baik, khususnya dalam menyemai semangat toleransi kepada umum.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, nenek moyang kita terdahulu telah bersetuju bersepakat untuk hidup bersama dan menghormati antara satu sama lain.

"Maka kita pada masa kini seharusnya, terus menyemaikan keharmonian dan perpaduan yang telah sedia ada yang langsung tidak boleh dikompromi."

Dr Annuar, yang juga merupakan ADUN Nangka berkata demikian ketika dihubungi dan diminta mengulas kes seorang guru di Miri sedang disiasat pihak polis kerana dikatakan telah menghina agama Islam di media sosial pada hari ini.
  
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Dev Kumar telah mengesahkan pihaknya telah mengenalpasti identiti pemilik akaun Facebook tersebut dan setakat semalam, dua laporan polis berkaitan kejadian tersebut telah diterima oleh pihak polis di Kuching.

Komen guru tersebut telah ditulis pada artikel berita mengenai pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Isreal telah menjadi tular dan mendapat reaksi marah dari ramai netizen, baik yang beragama Islam atau sebaliknya dari Sarawak.


Difahamkan, pemilik akaun Facebook tersebut telah memohon maaf dan menyatakan kekesalan kerana membuat komen tersebut. Beliau juga dikatakan akan menyerah diri kepada polis dalam masa yang terdekat bagi membantu siasatan.-UnReportedNews™®

Pemuda PBB Demak Laut Bukan Sekadar Penggantung Bendera


Tugas Pemuda PBB bukanlah hanya sekadar mengantung bendera atau banner tapi kita mahu tenaga pemuda menjadi teras utama transfomasi Digital Ekonomi di Demak Laut.

Pengerusi Cawangan PBB Demak Laut, yang juga ADUN Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Hipni berkata, banyak program terutamanya kursus mengenai Digital Ekonomi telah dirancangkan.

"InsyaAllah, dalam masa tiga tahun, kita akan perluaskan program Transformasi Digital Ekonomi di Demak Laut." 

Hazland berkata demikian dalam ucapan nya ketika merasmikan Mesyuarat Agung 2017-2020 Cawangan PBB Demak Laut bagi Sayap Pemuda di PCCK sebentar tadi.

Mengucapkan syabas kepada pemenang jawatan ketua Pemuda 28 buah ranting di Demak Laut, Hazland juga menasihati agar perwakilan Pemuda PBB Demak Laut agar belajar dan carilah pengalaman menjadi pemimpin.

"Manalah tahu InsyaAllah, anda sendiri boleh menjadi pemimpin dihadapan ini pada satu masa nanti," katanya lagi.

"Pada pagi ini, kita akan menjalankan tanggungjawab kepada parti keramat, parti terkuat di Sarawak dan kedua terkuat di Malaysia."

"Pemuda memainkan peranan utama kerana ianya umpama sayap kiri parti sementara wanita adalah sayap kanan parti," tambah Hazland lagi.

"Saya mahu pihak Pemuda PBB Demak Laut dihormati kerana menggunakan akal dan fikiran kita menaikkan ekonomi," katanya lagi sambil berseloroh, kita kurangkan program-program berkaroake.


Pada sebelah pagi ini, beliau merasmikan mesyuarat sayap Pemuda dan Wanita PBB Demak Laut manakala, mesyuarat sayap Bapa PBB Demak Laut akan dijadualkan berlangsung pada tengahari ini.-UnReportedNews™®

Wednesday, 13 December 2017

SUBHANAALLAH.. Dijawab Malaikat Di Masjidil Haram?



Ini adalah penulisan salah seorang kenalan saya didunia sebenar dan maya ketika beliau mengerjakan Umrah di Mekah baru-baru ini. Tulisan asal beliau adalah dalam Bahasa Melayu Sarawak dan Inggeris namun saya tulis semula dalam Bahasa Malaysia agar difahami rakan-rakan yang lain. Kita sering mendengar cerita-cerita yang luar biasa terjadi di Mekah, ini adalah cerita rakan saya:

"Saya nak kongsikan kisah sewaktu saya mengerjakan Umrah baru-baru ini. Pada mulanya saya enggan mempostingkan kejadian ini didalam FB namun setelah seseorang menghantar pesanan ucapan terimakasih kepada saya kerana berkongsikan gambar-gambar saya mengerjakan Umrah di sana (anda tahu siapa diri anda), saya akan kongsikan kejadian yang berlaku pada malam ke-empat saya di sana.

Bacaan imam yang mengimamkan setiap Solat Subuh dan Isya di Masjidil Haram membuat saya betul-betul rasa sedih.

Ingin saya mengetahui nama Imam tersebut namun apakah daya, saya nak cari atau tanya kat siapa? Bukannya saya boleh berbahasa Arab.

Sehinggalah pada malam ke-empat saya di Mekah.. saya duduk sahaja di sana (dalam Masjidil Haram) dan ada seorang tua disebelah saya sedang berzikir tanpa hentinya..

Pada mulanya saya tidak memperdulikannya kerana semua orang disana sedang tekun beramal ibadah sambil menunggu masuknya waktu solat Isya.

Selepas Iqamat, saya terdengar suara Imam (yang saya tidak ketahui nama) itu.

 "Yarabi.. siapa nama Imam ni ya? *'Itok eh'.. ", keluh saya dalam hati.. maklum manusia jahil, tak mengetahui segalanya namun saya betul-betul ingin tahu nama Imam tersebut..

Tiba-tiba orang tua yang berzikir di sebelah mencuit saya..

"Abdul Rahman Al Sudais", katanya dengan jelas sebelum mengangkat takbir dan terus sembahyang..

Saya hanya mampu berdiri disana mengelip-ngelipkan mata saya yang tiba-tiba mula berkaca..

Dan itulah Isya yang paling sedih yang pernah saya lalui dalam hidup saya..."

SUBHANAALLAH.. bagaimana orang tua tersebut tahu persoalan yang tersirat di hati kawan saya? Wa'allahuallam..

*"Itok" dalam Bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud " teringat sesuatu perkara tak terhenti-henti"..-UnReportedNews™®



Tuesday, 12 December 2017

Bas Hidrogen Pertama Di Sarawak Pada Julai Depan — Abang Johari


MELAKA: Kuching akan muncul sebagai bandar raya pertama di negara ini yang menggunakan bas berkuasa hidrogen apabila pesanan tiga bas tersebut tiba dari China menjelang Julai tahun hadapan.

Bas ini adalah sebahagian daripada program penyelidikan hidrogen dengan program pembangunannya dijalankan oleh Sarawak Energy Berhad (SEB).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta untuk program penyelidikan ini yang dijalankan oleh SEB di bawah Unit Penyelidikan Hidrogen yang diumumkan baru-baru ini.

“Peruntukan penyelidikan itu juga termasuk pembinaan loji dengan kepakaran asing untuk menghasilkan gas hidrogen yang akan menggerakkan bas,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan Program Retreat Ketua Jabatan Negeri dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Beliau berkata, bas-bas mesra alam ini adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk memastikan sistem pengangkutan awam Sarawak dijalankan dengan tenaga bersih mengikut trend seluruh dunia yang mesra alam.

Ketua Menteri sebelum ini mendedahkan cadangan penggunaan LRT yang menghubungkan Kuching dengan Serian, Samarahan dan Damai, yang turut menggunakan kuasa tujahan hidrogen.

Bas-bas hidrogen ini akan ditempatkan kepada agensi-agensi termasuk satu untuk sektor pelancongan sebagai strategi untuk menarik pelancong dengan imej Kuching yang mesra alam dan memiliki tenaga bersih.

Dengan gambaran sedemikian, beliau percaya bahawa ibu kota ini akan mempunyai faktor tarikan pelancongan yang kuat, seterusnya menjadikannya pintu masuk pelancongan seperti negeri Melaka.

“Walaupun sebuah negeri yang kecil, Melaka merupakan pintu masuk untuk pelawat dari pelbagai negara di Asia sebelum bertebaran ke negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Katanya, kawasan Kuching dan kawasan Serian juga perlu dibangunkan sebagai hab pelancongan atau kawasan utama untuk menarik pelancong sebelum mereka melawat Bahagian lain di Sarawak.

Abang Johari menegaskan, sejajar dengan trend industri semasa yang berubah kepada mesra alam, Sarawak juga perlu menilai semula pelaburan asing yang cenderung membawa bahan industri yang boleh mencemar.

“Walaupun rekod pelaburan langsung negeri mungkin kelihatan baik dengan kemasukan pelaburan industri berat, namun Sarawak perlu membayar harga yang tinggi sekiranya industri tersebut mencemarkan alam sekitar.


Turut hadir ialah Menteri Besar Melaka, Datuk Seri Utama Idris Haron, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kerajaan Negari, Tan Sri Mohd Morshidi Ghani. - Ambrose Chen-UnReportedNews™®

Sunday, 10 December 2017

Bakal Calon PKR Petra Jaya Menangguk Air Yang Keruh


Selama ini, saya amat menghormati Dr Nor Irwan Ahmat Nor, individu yang diwar-warkan akan menjadi calon PKR di Parlimen Petra Jaya pada PRU14 ini.

Saya hormati dia kerana melihat (menerusi page beliau) cara dia berkempen mendekati rakyat dengan "bersih" sekali dan tidak memburukkan pemimpin BN namun rasa hormat saya kepadanya menjadi "zero" setelah beliau di pagenya semalam mendakwa kononnya cyber trooper PBB/BN memberi komen negatif apabila dia membela rakyat walhal perkara tersebut langsung tidak berlaku.

Saya perhatikan Dr Nor Irwan hanya DUA kali memposting status berkenaan dengan masalah air di Taman Dahlia, Matang dan pada posting yang pertama, (lihat ss yang tertera) LANGSUNG tiada komen negatif yang kononnya menghentam beliau malahan kebanyakan komen menyokong beliau dan begitu galak menghentam kerajaan.





Cuma seorang netizen; Ahmad Ibrahim yang mengcopy-pastekan jawapan ADUN Tupong Fazzruddin Abdul Rahman pada ruang komen tersebut. Apakah itu yang di anggap Dr Nor Irwan sebagai "komen negatif"?


Apakah penjelasan Fazzruddin, anda anggap sebagai "cuba menegakkan benang yang basah" walhal, itulah kejadian yang sebenarnya?

Penjelasan panjang lebar serta langkah-langkah yang akan di ambil bagi mengatasi masalah tersebut telah diperjelaskan oleh Fazzruddin. (Lihat di bawah)

"Taman Dahlia Matang 

Baru baru ini berlaku kecurian d rumah pam taman dahlia yg mengakibatkan masalah air d situ.
Spare parts perlu d order, x ada d kch spare parts. Sebab ya lah lambat. Alhamdulillah HDC menyatakan by ptg tok inshaAllah akan dibaiki.

Apa yg berlaku d belakang tabir - pihak saya memberi tekanan kpd hdc utk segerakan delivery spare parts tersebut. Pihak saya mencari tempat menjual portable pump yg boleh digunakan sementara tetapi tiada pump yg kuat boleh pump hingga ke tingkat 3 dan 4. Memohon KWB sentiasa menghantar bekalan air. Itu yg kta lakukan d belakang media sosial.

Kita faham perasaan dan bersimpati dgn adik kakak kta di sia tetapi yakinlah nang mcm2 ikhtiar d polah kmk urg.

Ada sesetengah pihak mengatakan pihak kami dan pihak kerajaan tidak mengambil endah walaupun telah d jelaskan keadaan sebenar. Maka bermula lah segala cacian sehingga mendoakan kematian saya. Now thats a bit overboard. Kesian anak2 saya mun ya doa ktk 😀

Seperti biasa malaysian being malaysian akan menjadi experts dgn memberi komen yg x dpt pun d gunakan utk membantu adik kakak kta d taman dahlia. So hopefully in the future komen2 yg lebih berupa cadangan lebih bnyak. Yang mendoakan kematian saya pun dipersila jmpa dgn saya kalau keberanian jantannya sama berani dgn jari nya naip.. hehe

But i assure u.. x kira pilihanraya kah apa kah, kami akan tetap menjalankan tanggungjawab kami tanpa mengira cacian atau pun pujian krna Allah SWT akan menimbang segala amanah kita termasuklah cacian cacian kta.

Just another day at the office.."

Janganlah kerana ketandusan idea dan isu, Dr Nor Irwan mula mengadu domba perkara yang tidak benar.. kita ni orang Sarawak, usahlah mengikuti taktik berpolitik kotor seperti rakan-rakan PKR anda di Semenanjung..

Sebagai bakal calon yang baharu, anda seharusnya mengfokuskan kebaikan anda sendiri dan apa yang anda boleh tawarkan kepada rakyat dari mencari kesalahan orang lain, apatah lagi membuat pembohongan sebegini untuk menagih sokongan dan simpati.


Bagi permasalahan kekurangan air di Taman Dahlia, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, adalah lebih baik kita bersama mencari resolusi agar perkara ini (kecurian yang mengakibatkan kerosakan kepada pam air) tidak berulang lagi dan memberi masalah kepada penduduk setempat kawasan tersebut dari menghambur pembohongan kononnya cyber trooper PBB/BN telah memberi "komen negatif" kepada anda..😎-UnReportedNews™®

Saturday, 9 December 2017

Hak Sabah Dan Sarawak Akan Dikembalikan - PM Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengulangi pendirian Kerajaan Persekutuan akan memberi balik hak-hak Sabah dan Sarawak yang mungkin terambil pada masa lepas. 

Menurutnya, beliau mengambil pendirian lebih terbuka menyentuh tentang hak-hak dua negeri itu seperti dalam Perjanjian Malaysia 1963. 

"Kita sedia berbincang tentang hal tersebut," katanya pada ucapan penggulungannya pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Kuala Lumpur sebentar tadi. -UnReportedNews™®

Thursday, 7 December 2017

ARTIKEL KHAS: Sarawak For Sarawakians (S4S)


JANGAN SALAHGUNA SLOGAN SARAWAK FOR SARAWAKIAN

不要滥用以及误导S4S口号,砂人的砂拉越。

Sarawak adalah sebuah negara merdeka pada 22 Julai 1963 dan seperti setiap negara, wilayah atau negeri yang berkuasa untuk hal-ehwalnya sendiri, terdapat banyak slogan yang diwujudkan untuk menaikkan semangat patriotisme terhadap negara dan slogan terbaik ialah ia menyatukan rakyat sesebuah negara, wilayah atau negeri berdaulat tersebut tanpa mengira perbezaan agama, etnik dan politik; yang dinamakan sebagai patriotism sebenar.

砂拉越是个国家,独立在722 1963年, 与其他国家一样拥有自己决定与处理国家事务。口号的源起目的是为了增强爱国精神了解国家,为国服务团结一致不分你我。

Begitulah kedudukan Slogan Sarawak For Sarawakian yang telah diaktifkan semula pada beberapa tahun lepas adalah bagi memastikan patriotism sebenar ini berjaya diterapkan dalam minda rakyat Sarawak bahawa betapa pentingnya kefahaman dan kebersamaan dalam memelihara negara ini dengan dipandukan oleh Perlembagaan Sarawak serta asas-asas perlembagaannya yang sah dan teriktiraf.

Sarawak For Sarawakian adalah SLOGAN dan bukanlah satu parti politik malahan bukan juga satu NGO kerana ia adalah SLOGAN.

Definisinya boleh difahami secara terus melalui kapsyen slogan itu sendiri iaitu “Sarawak” bermaksudkan Sarawak moden yang wujud sebagai sebuah negara merdeka pada 24 September 1841; memperoleh semula kemerdekaan pada 22 Julai 1963 setelah jatuh kepada penjajah British pada tahun 1946.

“For” bermaksud UNTUK.

Manakala “Sarawakian” atau “Sarawakians” itu bermaksud setiap SUBJEK yang dilindungi di bawah Perlembagaan Sarawak iaitu RAKYAT SARAWAK keseluruhan. Contoh mudah ialah sesiapa yang mempunyai KERAKYATAN SARAWAK itulah yang dimaksudkan oleh “Sarawakian” atau “Sarawakians” di dalam slogan tersebut. Simbol kerakyatan Sarawak yang dimaksudkan iaitu simbol “K” pada sudut kanan bawah kad pengenalan jika dilihat dari depan.

Sebagai penaung kepada slogan, kami telah  menyaksikan pelbagai bentuk salahguna terhadap slogan ini oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Antara contoh salahguna slogan ini ialah percubaan menjadikan ia sebagai sebuah parti politik, mengafiliasikan dengan satu “referéndum” yang tidak sah oleh sesetengah kumpulan (serta pelbagai lagi salahguna slogan oleh beberapa organisasi berdaftar dan tidak berdaftar yang lain) dan perbuatan mengelirukan rakyat dengan mengatakan mereka telah mematenkan slogan ini di China dan sebagainya walhal tiada sesiapa yang boleh mematenkan nama sesebuah wilayah atau negara. 

Perbuatan menyalahgunakan slogan boleh membawa kepada kerosakan kepada kefahaman dan kesedaran mengenai peri-pentingnya Perlembagaan Sarawak dan Asas-asas Perlembagaannya serta undang-undang Sarawak yang SAH.

Semenjak isu provokasi 19 Julai 2014 oleh mereka yang menyalahgunakan slogan Sarawak For Sarawakian, badan penaung telah mengambil keputusan untuk memperbetulkan semula kedudukan slogan ini yang hampir dirosakkan maksudnya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mekanisme pembetulan telah dan masih dilakukan oleh Badan Penaung Slogan Sarawak For Sarawakian dan hasil kerjasama semua pihak yang bertindak secara langsung dan tidak langsung dari semua lapisan masyarakat, ramai yang mula mampu membezakan perkara sebenar dan perkara yang tiada kaitan langsung dengan maksud pengaktifan slogan Sarawak For Sarawakian yang pernah digunakan suatu ketika dahulu untuk maksud perkara yang sama iaitu sebagai peringatan kepada kita sebagai anak Sarawak untuk memastikan Sarawak pertama dalam setiap perkara (Sarawak First).

Tiada halangan untuk anak-anak Sarawak menggunakan slogan ini namun syarat-syaratnya ialah tidak melanggar perlembagaan Sarawak, asas-asas perlembagaan Sarawak, serta apa-apa perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Negara Sarawak melalui kerajaannya, tidak merosakkan perpaduan rakyat Sarawak samada dengan menggunakan isu perkauman, keagamaan atau percubaan menimbulkan ketidakstabilan politik. 

Apa-apa salahguna yang berlaku ke atas slogan Sarawak For Sarawakian adalah menjadi risiko kepada diri penyalahguna serta organisasi yang diwakilinya jika ia mewakili sesebuah organisasi kerana pihak berkuasa di Sarawak berhak untuk mengambil tindakan ke atas salahguna tersebut kerana setiap salahguna terhadap slogan Sarawak For Sarawakian adalah satu perlanggaran terhadap mana-mana artikel perlembagaan Sarawak atau perlanggaran terhadap salah satu atau lebih atau keseluruhan daripada Sembilan Prinsip Kardinal dan ini merangkumi 18 Perkara Perjanjian serta Perjanjian Malaysia 1963.

Slogan Sarawak For Sarawakian tidak memerlukan apa-apa tambahan pada slogan itu sendiri seperti contohnya “referendum hak rakyat” kerana “referendum” itu sendiri tiada kaitan dengan maksud pengaktifan semula slogan Sarawak For Sarawakian. 

Perbuatan menambah-nambah ini telah terbukti membawa perpecahan di kalangan rakyat sedangkan maksud Slogan Sarawak For Sarawakian adalah untuk menyatukan rakyat Sarawak di bawah kefahaman perlembagaan Sarawak tanpa perlu mereka diganggu oleh manipulasi dan provokasi politik yang menyebabkan rakyat takut dengan identiti Sarawak sendiri serta kedudukannya.

Penambahan-penambahan seperti klausa “referendum hak rakyat” itu seolah cuba memalingkan pengetahuan rakyat daripada memahami bahawa keutamaan Perlembagaan Sarawak itu sendiri adalah perkara pertama dalam menegakkan HAK rakyat dan adalah ia tidak boleh dipersoalkan. 

Perkara ini meruncing seperti pada bulan april 2015 semasa sidang Sarawak Council Negri berlangsung yang mana slogan ini telah digunakan sebagai “perisai” oleh mereka semasa berpiket dan “berkampung” di Waterfront Kuching yang mana mereka telah mempersoalkan kedaulatan Sarawak serta keluhuran Perlembagaan Sarawak serta perjanjian antarabangsa yang sah antara Sarawak dan Persekutuan Malaya, Sabah, Singapura dan United Kingdom iaitu Perjanjian Malaysia 1963 itu sendiri.

Berpolitik adalah tidak salah malah jika ia dilakukan dengan betul adalah sangat digalakkan kerana ia adalah salah satu cara untuk memastikan hak rakyat terjamin sepertimana yang tertakluk dibawah garispanduan Perlembagaan Sarawak itu sendiri. 

Inilah semangat slogan Sarawak For Sarawakian yang sebenar yang mana setiap parti politik dalam Sarawak itu sendiri memastikan dalam mereka menjalankan hak mereka untuk berpolitik, mereka merasa bertanggungjawab untuk tidak melampaui batasan dalam perkara itu sebagai contoh memastikan isu perkauman tidak timbul dan memastikan hak semua kaum dan agama dalam Sarawak dipelihara dalam setiap urusan parti politik mereka.

Menyalahgunakan slogan ini untuk urusan yang tidak membawa manfaat kepada kefahaman perlembagaan serta sejarah sebenar rakyat Sarawak terhadap Sarawak itu sendiri atau perbuatan merosakkan hubungan antara rakyat Sarawak dan wilayah lain adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab dan merosakkan Sarawak secara umum dan wajar dihentikan salahguna tersebut untuk manfaat seluruh rakyat, dan cara terbaik untuk menghentikan salahguna ialah dengan memahami maksud sebenar slogan Sarawak For Sarawakian diaktifkan semula seperti yang tertera di satu-satunya laman rasmi Sarawak For Sarawakian Official yang diselia oleh Badan Penaung dan Majlis Administratif Sarawak For Sarawakian Official.

DUM SPIRO SPERO | BERSATU BERUSAHA BERBAKTI


Sarawak For Sarawakian Official - Menjulang Negara Sarawak-UnReportedNews™®

Tuesday, 5 December 2017

CM On 5-Day Study Visit To China


BEIJING: The Chief Minister, Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg arrived early this morning in the Chinese capital for a five-day working visit to China that also covers a few other Chinese cities primarily to further explore new technologies in light rail, train and building construction.

Soon after arrival here the Chief Minister and members of his entourage proceeded to the China Harbour Engineering Co. Ltd. where discussion was focussed on the development of an efficient  and emission-free public transportation system.

The Chief Minister said besides looking at Europe Sarawak also wished to share in the wide experience and expertise of China in urban transport particularly in the development of hydrogen-powered train. 

Last October he led a delegation to Europe which included itinerary in  Germany where he visited facilities for the manufacture of hydrogen train and hydrogen gas. 

He expressed confidence that although hydrogen and electrification is a new technology Sarawak has tremendous potential in this sector as it had water in  abundance as feedstock and production of clean energy being the worldwide trend towards reduction of carbon footprint and increase of carbon credit.


Fuel cells combine hydrogen and oxygen to produce electricity, and only  water and heat as clean by-products. 

Later, as part of the two-day itinerary here the delegation dropped by at China Development to gain insight into the banks operation and services. 
In the afternoon, the Chief Minister visited the China Railway Construction and Corporation Limited (CRCC) to test ride the hydrogen-powered tourist train and middle to slow-speed Maglev train test facility at Tangshan in Heibei Province near here. 


Among members of the entourage is Tan Sri Datuk Amar Haji Abdul Aziz Hussain, chairman of Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) which is the implementing agency for the proposed greater Kuching LRT project. 

-UnReportedNews™®

Saturday, 2 December 2017

Sarawak Akan Teruskan Perjuangan Ambil Balik Hak Dalam MA63


Sarawak akan meneruskan perjuangan arwah Pehin Sri Adenan untuk mengambil balik kuasa Sarawak yang terhakis selama ini.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DP Abang Jo berkata, kita mahu hak kita yang telah "hilang" kembali kepada Sarawak.

"Saya akan meneruskan usaha Allahyarham Pehin Sri Adenan dan kita masih dalam fasa perundingan dengan kerajaan pusat dan kini sudah masuk fasa kedua iaitu perundangan dalam MA63."

Abang Jo, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, perkara yang penting bagi Sarawak yang diumumkan oleh Arwah Tok Nan adalah 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.

"Itu (MA63) adalah hak kita, dan untuk menperkuatkan apa yang minta balik, kita telah hantar pasukan kita untuk mengkaji semua dokumen MA63 di London," katanya lagi.

Abg Jo juga mengucapkan, terimakasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membuka pintu perundingan MA63.

Beliau (Najib) bahkan mengatakan, "What is yours is yours, i will give back to you (Apa yang hak kamu adalah milik kamu, saya akan beri balik kepada kamu." 


"Saya akan berusaha mengambil balik hak Sarawak.. hanya PBB boleh membuang saya.. saya tidak takut hilang jawatan kerana saya berjuang seikhlasnya kepada Sarawak"

"Semalam kita dalam Malaysia, hari ini kita dalam Malaysia dan esok kita akan terus berada di dalam Malaysia, katanya  mengulangi kata-kata Allahyarham Tok Nan.

Abang Jo menegaskan, Sarawak mempunyai maruah mempertahankan kita sendiri.. apa  hak kita, kita akan ambil balik.

Beliau berkata demikian pada  Majlis Perasmian Mesyuarat PBB Zon 1 Kuching sebentar tadi.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih 2,000 ahli dari lapan cawangan, bertemakan "PBB Pemangkin Smart Sarawak" telah dilansungkan di Penview Convention Centre, Demak Laut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Seri Haji   Fadillah Yusuf, Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Haji Hazland Abang Hipni, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu dan Haji Fazzruddin Abdul Rahman.


-UnReportedNews™®

Parti PBB Untuk Semua Kaum Di Sarawak


PBB bukan saja mementingkan kaum Bumiputera tetapi semua kaum di Sarawak.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ketua Menteri DP Abang Jo berkata demikian pada  Majlis Perasmian Mesyuarat PBB Zon 1 Kuching di Penview Convention Centre sebentar tadi. 

Selepas kita merdeka pada tahun 1963, Sarawak tidak begitu stabil sehinggalah Apai Jugah menyatukan Bumiputera dan Pesaka.

"Politik pembangunan dibawa oleh Tun Taib kerana mahu menumpukan kepada pembangunan dan semuanya adalah untuk rakyat dan ini semua boleh dilakukan kerana perpaduan dan kekuatan PBB.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Seri Haji Fadillah Yusuf, Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Haji Hazland Abang Hipni, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu dan Haji Fazzruddin Abdul Rahman.-UnReportedNews™®

Friday, 1 December 2017

Perjuangan MA63 Abang Jo Adalah Perjuangan Rakyat Sarawak


Perjuangan YAB Ketua Menteri Sarawak adalah berdasarkan kemahuan dan kepentingan rakyat Sarawak. Ianya juga berlandaskan kepada penyelidikan, lunas perlembagaan, perundangan Malaysia dan di atas semangat di sebalik pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia (MA63)

YAB Perdana Menteri juga bersetuju untuk melihat perkara ini dan bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa bersama bagi membincangkan lebih lanjut berhubung perkara ini. Ini adalah perkembangan yang positif dan kita menyambut baik saranan oleh YAB Perdana Menteri supaya perkara ini dibawa ke meja rundingan.

Sebagai rakyat Malaysia pribumi Sabah, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia ada hak untuk mengemukakan pandangan peribadi beliau, akan tetapi beliau tidak ada keperluan utk menilai dan mengajar rakyat Sarawak, apa lagi mencabar YAB Ketua Menteri Sarawak untuk bedebat mengenai MA63. Tambahan lagi beliau bukanlah individu yang ditauliahkan atau dberi mandat oleh YAB Perdana Menteri untuk menyelesaikan perkara ini.

Pemuda Barisan Nasional (BN) dan seluruh rakyat Sarawak mempunyai pandangan yang sama dengan YAB Ketua Menteri Sarawak kami dan sentiasa menyokong penuh usaha beliau dalam rundingan untuk mengembalikan hak Sarawak seperti termaktub dalam semangat pembentukan Malaysia melalui MA63.

Kami percaya atas semangat Barisan Nasional perkara ini akan dapat diselesaikan bersama secara permuafakatan oleh kepimpinan YAB Ketua Menteri Sarawak dengan YAB Perdana Menteri.

- Kenyataan Media Dato’ Sri Fadillah Yusof, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak merangkap Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) - 1 Dec 2017-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List