Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berkata, nenek moyang kita terdahulu telah bersetuju bersepakat untuk hidup bersama dan menghormati antara satu sama lain.
"Maka kita pada masa kini seharusnya, terus menyemaikan keharmonian dan perpaduan yang telah sedia ada yang langsung tidak boleh dikompromi."
Dr Annuar, yang juga merupakan ADUN Nangka berkata demikian ketika dihubungi dan diminta mengulas kes seorang guru di Miri sedang disiasat pihak polis kerana dikatakan telah menghina agama Islam di media sosial pada hari ini.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Dev Kumar telah mengesahkan pihaknya telah mengenalpasti identiti pemilik akaun Facebook tersebut dan setakat semalam, dua laporan polis berkaitan kejadian tersebut telah diterima oleh pihak polis di Kuching.
Komen guru tersebut telah ditulis pada artikel berita mengenai pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu kota Isreal telah menjadi tular dan mendapat reaksi marah dari ramai netizen, baik yang beragama Islam atau sebaliknya dari Sarawak.
Difahamkan, pemilik akaun Facebook tersebut telah memohon maaf dan menyatakan kekesalan kerana membuat komen tersebut. Beliau juga dikatakan akan menyerah diri kepada polis dalam masa yang terdekat bagi membantu siasatan.-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®