Sunday 17 December 2017

Pemuda PBB Demak Laut Bukan Sekadar Penggantung Bendera


Tugas Pemuda PBB bukanlah hanya sekadar mengantung bendera atau banner tapi kita mahu tenaga pemuda menjadi teras utama transfomasi Digital Ekonomi di Demak Laut.

Pengerusi Cawangan PBB Demak Laut, yang juga ADUN Demak Laut Dr Haji Hazland Abang Hipni berkata, banyak program terutamanya kursus mengenai Digital Ekonomi telah dirancangkan.

"InsyaAllah, dalam masa tiga tahun, kita akan perluaskan program Transformasi Digital Ekonomi di Demak Laut." 

Hazland berkata demikian dalam ucapan nya ketika merasmikan Mesyuarat Agung 2017-2020 Cawangan PBB Demak Laut bagi Sayap Pemuda di PCCK sebentar tadi.

Mengucapkan syabas kepada pemenang jawatan ketua Pemuda 28 buah ranting di Demak Laut, Hazland juga menasihati agar perwakilan Pemuda PBB Demak Laut agar belajar dan carilah pengalaman menjadi pemimpin.

"Manalah tahu InsyaAllah, anda sendiri boleh menjadi pemimpin dihadapan ini pada satu masa nanti," katanya lagi.

"Pada pagi ini, kita akan menjalankan tanggungjawab kepada parti keramat, parti terkuat di Sarawak dan kedua terkuat di Malaysia."

"Pemuda memainkan peranan utama kerana ianya umpama sayap kiri parti sementara wanita adalah sayap kanan parti," tambah Hazland lagi.

"Saya mahu pihak Pemuda PBB Demak Laut dihormati kerana menggunakan akal dan fikiran kita menaikkan ekonomi," katanya lagi sambil berseloroh, kita kurangkan program-program berkaroake.


Pada sebelah pagi ini, beliau merasmikan mesyuarat sayap Pemuda dan Wanita PBB Demak Laut manakala, mesyuarat sayap Bapa PBB Demak Laut akan dijadualkan berlangsung pada tengahari ini.-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List