Monday 18 December 2017

Setiap Calon PRU14 BN Sarawak Harus Disaring SPRM, Polis, LHDN dan Imigresen - Abg Jo


KUCHING:  Semua calon parti itu dari Sarawak untuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 yang akan datang wajib menjalani saringan pelbagai agensi kerajaan.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setiap calon BN Sarawak akan disaringkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia sebelum mereka diisytiharkan sebagai calon.

"Mereka perlu mempunyai rekod yang bersih kerana kita tidak mahu jika ada di kalangan mereka yang tidak layak, termasuk bukan bertaraf kerakyatan Malaysia," tegasnya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan Satok di sebuah hotel terkemuka di sini sebentar tadi.

"Kita juga harus mengambil iktibar apa yang berlaku kepada Timbalan Perdana Menteri Australia, dimana beliau terpaksa melepaskan jawatannya kerana isu kerakyatan," katanya sambil menambah, apa yang berlaku kepada Adun Pujut, Dr Ting Tiong Choon, yang terpaksa mengharungi proses mahkamah juga harus diambilkira.

Abang Johari juga yakin semua calon akhir untuk Parlimen akan melalui proses yang sama kerana Pengerusi Barisan Nasional Pusat, Datuk Seri Mohd Najib Razak semestinya tidak akan berkompromi terhadap perkara yang boleh menimbulkan masalah kepada parti.

Memberi gambaran 40 peratus dari calon PBB adalah muka-muka baharu, Abang Johari menyatakan, ia (mengetengahkan muka baharu) adalah tradisi PBB dan kita akan terus mempraktikkannya.

Dalam masa yang sama, Abang Johari menegaskan, tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PBB akan bertanding di kerusi Parlimen pada kali ini.


"Dan saya juga telah mengesyorkan perkara yang sama kepada semua parti komponen BN Sarawak yang lain," katanya lagi.

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List