Saturday 2 December 2017

Sarawak Akan Teruskan Perjuangan Ambil Balik Hak Dalam MA63


Sarawak akan meneruskan perjuangan arwah Pehin Sri Adenan untuk mengambil balik kuasa Sarawak yang terhakis selama ini.

Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) DP Abang Jo berkata, kita mahu hak kita yang telah "hilang" kembali kepada Sarawak.

"Saya akan meneruskan usaha Allahyarham Pehin Sri Adenan dan kita masih dalam fasa perundingan dengan kerajaan pusat dan kini sudah masuk fasa kedua iaitu perundangan dalam MA63."

Abang Jo, yang juga Ketua Menteri Sarawak berkata, perkara yang penting bagi Sarawak yang diumumkan oleh Arwah Tok Nan adalah 22 Julai sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak.

"Itu (MA63) adalah hak kita, dan untuk menperkuatkan apa yang minta balik, kita telah hantar pasukan kita untuk mengkaji semua dokumen MA63 di London," katanya lagi.

Abg Jo juga mengucapkan, terimakasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana telah membuka pintu perundingan MA63.

Beliau (Najib) bahkan mengatakan, "What is yours is yours, i will give back to you (Apa yang hak kamu adalah milik kamu, saya akan beri balik kepada kamu." 


"Saya akan berusaha mengambil balik hak Sarawak.. hanya PBB boleh membuang saya.. saya tidak takut hilang jawatan kerana saya berjuang seikhlasnya kepada Sarawak"

"Semalam kita dalam Malaysia, hari ini kita dalam Malaysia dan esok kita akan terus berada di dalam Malaysia, katanya  mengulangi kata-kata Allahyarham Tok Nan.

Abang Jo menegaskan, Sarawak mempunyai maruah mempertahankan kita sendiri.. apa  hak kita, kita akan ambil balik.

Beliau berkata demikian pada  Majlis Perasmian Mesyuarat PBB Zon 1 Kuching sebentar tadi.

Majlis tersebut yang dihadiri oleh lebih 2,000 ahli dari lapan cawangan, bertemakan "PBB Pemangkin Smart Sarawak" telah dilansungkan di Penview Convention Centre, Demak Laut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Datuk Seri Haji   Fadillah Yusuf, Dr Haji Abdul Rahman Junaidi, Hajah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Haji Hazland Abang Hipni, Datuk Amar Hajah Jamilah Anu dan Haji Fazzruddin Abdul Rahman.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List