Sunday, 2 June 2013

TENTERA RED BEAN MULA MENGHENTAM SESAMA SENDIRI!

-MEREKA DAH MULA "MENGUTUK" RAKAN MEREKA SENDIRI YANG SUDAH DIKENALPASTI & DISOAL POLIS AGAR SEOLAH MEREKA TIADA KAITAN DENGAN MEREKA! LICIK KAN? TAU PUN TAKUT! KEKEKE!!!-

Ketangkasan polis mengenal pasti beberapa individu yang didakwa terlibat dengan tentera siber Red Bean yang akhir-akhir ini lebih berani menonjolkan identiti dengan meletakkan gambar kacang merah di laman sosial terutama selepas pengikutnya semakin bertambah telah menyebabkan sebilangan besar mereka mula gelisah, cemas dan kini wujud kemelut antara mereka.

Realiti terkini yang melanda Red Bean Army yang bermatlamat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walau dengan apa cara sekalipun menerusi rangkaian tentera yang terdiri daripada golongan muda dalam 40 tahun ke atas yang terdiri dinyatakan oleh pembaca Utusan Malaysia, Kevin J. C. Chuah yang mula mengikuti laman sosial Red Bean Army sejak enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Chuah yang menyokong agar supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan Red Bean Army yang beroperasi di laman sosial mereka sangat meluas dengan modus operasi penyebaran kaedah mereka yang cukup sempurna dan proaktif melibatkan segala isu berkaitan BN yang sudah diputarbelit turut menyatakan, ada antara mereka sudah mula mengalih haluan termasuk menghentam rakan-rakan mereka yang telah dihubungi polis agar mahu dilihat seolah-olah mereka tiada kaitan dengan individu-individu yang dikenal pasti pihak berkuasa.

Beliau yang mengetahui perkara itu menerusi pemerhatian di laman Facebook 'We Fully Support PKR' dan 'Hew Kuan Yau' mendapati, komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.

Memberi contoh seorang tentera mereka yang menggunakan nama 'Sam Chen' dalam Facebooknya meminta rakan-rakannya menghentikan tindakan menghentam sesama mereka termasuk tidak menjadikannya sasaran," Chuah menjelaskan, Sam Chen sebelum itu menulis di laman Facebooknya: "Telah dihubungi oleh cawangan khas polis bagi menjawab beberapa soalan dan turut mencapai persetujuan melalui perbualan itu."

Menurut Kevin, Sam Chen turut memberitahu polis yang menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka malahan, seorang lagi tentera Red Bean Army yang menggunakan nama 'Medoli Siang' mendedahkan menjadi 'terkenal' selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya 'minum teh' yang bermaksud disoal siasat.

Pihak berkuasa diminta terus memantau pergerakan tentera siber pembangkang, Red Bean Army secara serius memandangkan kumpulan itu boleh mendatangkan ancaman kepada negara selain memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan polis telah mengenal pasti sebanyak 30 individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan Red Bean Army yang kebanyakan laman sosial yang dimiliki Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Namun tidak kurang jugak ada di segelintir dari Red Bean Army yang "bertindak bodoh" seperti yang dilakukn oleh salah seorang dari mereka yang dikenali dengan nama 'Woodstock Lee' menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya. 

Whoever you are Bro, you sure can run but you definitely can't hide forever!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List