Thursday, 7 February 2013

TAHAP PEMBOHONGAN SARAWAK REPORT SEMAKIN KRONIK!

-KEBELAKANGAN INI, BLOG PEMBANGKANG TERSEBUT NYATA SEAKAN TERDESAK INGINKAN PUBLISTI ATAU MENINGKATKAN POPULARITINYA KERANA CUBA MENSENSASIKAN BERITA-BERITA YANG LANGSUNG TIADA ASAS YANG KUKUH MAKA TIDAK KETERLALUANLAH JIKA IA DILABELKAN SEBAGAI "SARAWAK MERAPU" KERANA KELAYAKANNYA ITU! KEKEKE!!!-

Posting terbaru Sarawak Report mencerminkan niat sebenar sebuah blog asing yang nyata berpihak kepada pembangkang dan langsung tidak mempunyai rasa hormat terhadap kebenaran dan keadilan. Dalang disebalik entiti tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah Clare Rewcastle Brown, seseorang yang amat percaya dalam ilmu hitam serta berkepercayaan semua pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak termasuk Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud adalah "jahat".

Buat rakyat Sarawak, kehadiran seorang warganegara Norway Sjolveit Torstein Dale dan juga berprofesionkan sebagai seorang jurutera berpengalaman yang luas terutamanya dalam penjanaan tenaga amat berbaloi dengan setiap sen dari semua jumlah gajinya yang dibayar kepadanya.

Tidak dinafikan, dia mendapat lebih baik bayaran gaji yang lumayan jika dibandingkan dengan gaji Anwar Ibrahim, yang secara umumnya telah diketahui ramai menerima wang dalam jumlah  jauh lebih besar dari anasir-anasir yang "tidak sihat" dan berkemungkinan wang itu lah yang kemudiannya digunakan untuk membayar ganjaran kepada individu-individu mendalangi Sarawak Report untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah, memburukan Sarawak.

Torstein adalah terlalu jauh mulia baik jika dilabelkan sebagi "talibarut" seseorang  namun iana adalah sebaliknya buat Sarawak Report jika diangggap demikian bukan saja kerana kelayakan serta kredibilitinya namun kesanggupannya menjadi "pengumpul sampah" PKR.

Jelas sekali, Sarawak Report telah mendapat butir-butir maklumat dari pihak-pihak ketiga dan ahli-ahli PKR sendiri yang kian menyedari segala pembangunan dari setiap sudut yang dibawa oleh Barisan Nasional yang dipimpin Kerajaan Negeri menjuruskan mereka memperkecilkan usaha tersebut.

"Janganlah membuang nafas anda kerana Sarawak tidak akan terpengaruh dengan penipuan PKR dan Sarawak Report."

Rakyat Sarawak sendiri sebenarnya boleh menerima segala operasi Hydro Tasmania menggali arang batu di negeri ini. Mengapa negara Australia yang telah sekian lama menggali rizab arang batu negaranya tidak dikritik Sarawak Report? Mengapa setiap perancangan yang ingin dibuat Sarawak saja yang dikondem? Mengapa memilih untuk memberi gambaran yang buruk terhadap rancangan Sarawak untuk menggali arang batu sedangkan perlombongan sedemikian beroperasi di Australia atau China? Malah kedua-duanya juga teah dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada pencemaran global. Mengapa tidak dikritik?

Mereka disebalik Sarawak Report sebenarnya hanya mewakili pandangan sekumpulan hama yang berpendapat bahawa Sarawak mengalami lebihan kuasa. Pendapat tersebut sewajarnya dipendam kepada diri mereka sendiri kerana ianya hanya menunjukkan bahawa pengetahuan penulis Sarawak Report amatlah begitu cetek sehinggakan dia berkeyakinan dan mengharakan sumber dari mereka yang bodoh.

Kebanyakan arang batu akan digunakan tempatan untuk mengendalikan stesen penjana arang batu untuk menambah hidro-elektrik dan terdapat juga beberapa kawasan-kawasan yang akan bergantung kepada stesen janakuasa arang batu untuk tenaga elektrik.

Sarawak Report selama ini telah secaar konsisten menulis akan kekayaan di tahap "luarbiasa" Abdul Taib dan keluarganya dan sekiranya benar, mengapakah Taib masih perlu untuk memperkayakan dirinya dan keluarga lagi sehingga ke tahap melakukan semua perkara beralahan dengan undang-undang untuk tujuan tersebut? Jelas sekali, Sarawak Report tahu bahawa laporannya mengenai kekayaan luarbiasa Taib adalah spekulasi semata-mata dan tidak berasas sama sekali.

Hanya mereka yang tidak mengenali Taib mempunyai kecenderungan untuk mengambarkan Taib adalah seorang yang penuh kejahatan dan keburukan.

Secara umumnya rakyat Sarawak menghormati Taib terutamanya berkaitan dengan agama, moral, kepimpinan dan segalanya, tidak seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain pemimpin pembangkang termasuk PAS yang bagaikan bercabang lidahnya apabila bercakap tentang agama.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti akan menunjukkan dengan jelas bahawa Sarawak Report hanya berbohong mengenai fitnahnya terhadap Sarawak dan Taib yang dituduhnya telah  berkhidmat untuk rakyat kerana didorong oleh keinginan tidak pernah puas untuk berkuasa sahaja.

Secara umumnya, rakyat Sarawak telah membuat fikiran mereka tidak akan berpaling Sarawak dan menjadi Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Mereka tahu ia boleh menjadi lebih teruk di Sarawak kerana pembangkang tidak mempunyai pemimpin dengan keupayaan terbukti dan kredibiliti untuk mentakbir Sarawak, yang merupakan satu pertiga daripada negara.

Sumber: Sarawak Monitor

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List