Thursday, 7 February 2013

RAKYAT SUDAH TAHU "SIAPA" ANWAR IBRAHIM SEBENARNYA

-RAKYAT SUDAH TAHU APA BENTUK "PERMAINAN" ANWAR, PAKAR DALAM "SENI MANIPULASI", BIJAK MEMPERMAINKAN PERASAAN & HARAPAN RAKYAT JELATA BIARPUN TERPAKSA MENEBAR DUSTA, MENGABURI AGENDA SEBENAR DISEBALIK SETIAP TINDAKANNYA, AGAR RAKYAT BERPIHAK & MEMUNGKINKANNYA MENCAPAI APA YANG DIINGININYA & DISAAT ITULAH JANJI, PERASAAN, HARAPAN RAKYAT TIADA BERMAKNA LAGI BAGINYA! KEKEKE!!!-

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri James Masing menyerahkan kepada rakyat di negeri ini untuk menilai siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya.

Katanya ketua pembangkang itu bebas berkata tentang apa yang mahu dilakukan olehnya ataupun pembangkang jika mereka memerintah, kerana hakikatnya rakyat sudah tahu bahawa Anwar tidak ‘mampu’ melakukan apa-apa pun.

“Buktinya, beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan beliau pernah menjadi Menteri Kewangan, tetapi kenapa beliau tidak melakukan apa yang diperkatakannya ketika itu?

“Lainlah kalau saya yang berkata, mungkin rakyat boleh mempertimbangkan kerana saya tidak pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri ataupun Menteri Kewangan,” ujar Masing.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Tanah Sarawak berkata, jika apa yang diperkatakan oleh Anwar dapat dilaksanakannya maka ia sepatutnya sudah dilaksanakan ketika beliau masih ada kuasa melakukannya dengan kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

“Oleh sebab itu saya mahu rakyat menilai sendiri siapa dia (Anwar) kerana saya yakin rakyat semakin sedar sumbangan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan berbanding apa yang diomongkan oleh Anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Anwar yang dilihat semakin giat berkempen di kawasan Parlimen Sibuti dan Baram sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua Parlimen Sibuti dan Baram dijangka akan mengekalkan penyandang-nya iaitu Ahmad Lai Bujang (Sibuti) dan Datuk Jacob Dungau Sagan (Baram) sambil PKR dijangka akan bertanding di Baram manakala Sibuti dijangka diberikan kepada PAS.

Mengenai persiapan PRS pula, Masing berkata jentera parti itu sudah berada pada tahap tertinggi dan hanya menunggu sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman.

“Kami sudah bersiap sedia sepenuhnya dan hanya menunggu sahaja Perdana Menteri melepaskan ‘tembakan’, maka kami akan terus memecut (melancarkan kempen pilihan raya),” tambahnya.

PRS yang diperuntukkan enam kerusi Parlimen, mengekalkan lima muka lama dan hanya seorang muka baharu iaitu Wilson Ugak di kerusi Parlimen Hulu Rajang.

Lima kerusi lain iaitu Parlimen Julau (Datuk Joseph Salang Gandum), Selangau (Datuk Joseph Entulu Belaun), Kanowit (Datuk Aaron Ago Dagang), Lubok Antu (William Nyalau Badak) dan Sri Aman (Masir Kujat).

Sumber: Utusan Borneo

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List