Tuesday 15 January 2013

NAJIB TERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR UNIVERSITI OHIO

alt
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan daripada Universiti Ohio, Amerika Syarikat.
Ijazah itu dianugerahkan kepada Najib atas pencapaiannya dalam bidang-bidang pendidikan, pendemokrasian dan perpaduan pada satu majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini sempena Syarahan Tun Abdul Razak kesembilan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Ohio.
Kata-kata pujian mengenai Ijazah Kehormat itu disampaikan seorang pemegang amanah Lembaga Pemegang Amanah Universiti Ohio Dr David Brighthill manakala Pengarah Eksekutif Interim bagi Pusat Pengajian Antarabangsa universiti itu Dr Li Ming Lee bersama-sama dengan Naib Presiden bagi kemajuan universiti Dr Bryan Benchoff meletakkan hud putih atas jubah hitam yang dipakai Najib pada majlis itu.
Turut hadir menyaksikan penganugerahan itu, isteri Perdana Menteri Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin.
Lapor Bernama, Najib diberikan anugerah itu kerana beliau memenuhi banyak syarat bagi anugerah itu daripada Universiti Ohio atas rekod pencapaian cemerlangnya sebagai pemimpin nasional dan antarabangsa dalam menangani masalah-masalah paling mendesak dalam bidang-bidang pendidikan, pendemokrasian, hubungan antarabangsa yang aman dan melahirkan peluang-peluang bagi golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.
Syarahan Tun Abdul Razak, yang diadakan dua tahun sekali, merupakan satu acara kemuncak dalam kerjasama 32 tahun antara Universiti Ohio dan kerajaan Malaysia.
Sumber: KL Pos
-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. tak hairan bro...ada orang tu lama dah dapat gelaran Dr. Kunyit anugerah tuhan.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List