Saturday 30 June 2012

PAS SEDAR MEREKA TAK MAMPU MENAWAN TERENGGANU PADA PRU KE-13 NI!

-SERIBU KEKESALAN KINI PASTI DIRASAI OLEH PAS KERANA GAGAL (ATAU TERLUPA DEK SIBUK SANGAT BERPOLITIK) UNTUK MEMBAWA APA-APA PEMBANGUNAN SIGNIFIKAN MAHUPUNG MENJAYAKANG PROGRAM-PROGRAM BOLEH MEYAKINI & MENARIK HATI RAKYAT GA'NU SELEPAS PRU KE 12 DULU ... SEDAR PUN KAMU YE? BAGUSLAH MU SEDAR MU BERPIJAK DI BUMI YANG NYATA RUPANYA, TAPI MU PUNG SATU HAL JUGAK, MU MAKANG TAK LUPE, HAK DOK PENTING SEKALI YAKNI MERAPATI & AMBIK HATI RAKYAT MU BOLEH LUPA PULAK ... KEKEKE!-


Sebelum ini Pas bersungguh-sungguh untuk menawan kembali Terengganu dalam PRU 13 selepas kecundang dalam PRU 2004 dan 2008.

Kita ikuti apa yang diungkapkan oleh Haji Hadi sebelum ini....

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu yakin akan merampas semula Terengganu daripada BN kerana kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sekarang tidak membawa apa-apa perubahan yang signifikan sejak BN menguasai semula negeri itu pada 2004.

Ahli Parlimen Marang ini yakin PAS boleh merampas semula kerajaan negeri BN dengan “majoriti kecil” sambil mengatakan majoriti dua pertiga “tidak diperlukan” untuk mendapatkan mandat memerintah Terengganu.

Dalam pilihan raya lepas, kita menang lapan kerusi walaupun BN menang tapi mereka tidak menang dengan majoriti besar. Bagaimanapun majoriti dua pertiga tidak penting, majoriti kecil sahaja sudah cukup Hadi berkata jentera pegawai-pegawai PAS termasuk dirinya telah melawat ke kawasan-kawasan undi di Terengganu sejak tahun lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Kita bermula tahun lepas lagi dan bersambung tahun ini untuk melihat kemajuan dari segi jentera-jentera pilihan raya di setiap kawasan.Saya juga akan balik ke Terengganu setiap minggu untuk melawat setiap Dewan Undangan Negeri (DUN). Secara jelas dan terang sehingga hari ini sudah tentu kita akan mempertahankan Kelantan, Kedah, sudah tentu Terengganu kita akan ambil balik 

Sumber:Malaysia Insider

Orang-orang Pas juga mencanangkan cerita yang Pesuruhjaya Pas Terengganu, Wahid Endut bakal dilantik sebagai MB selepas Pas berjaya menawan semula Terengganu. Bakal MB dari parti Pas itu juga sedang sibuk keliling Terengganu sekarang untuk menabur pelbagai janji manis.

Namun sungguh mengejutkan dan menghairankan apabila tiba-tiba hari ini Pas melalui laporan di harakahdaily menobatkan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum  nanti. Lihat di sini....

Shabery Cheek orang Umno....

Maknanya apa ?

Maknanya Pas sudah menyerah kalah dan tidak yakin mereka akan menang dalam PRU akan datang dan BN akan kekal memerintah Terengganu.  Kalau mereka yakin menang mereka tidak akan lapor berita berkenaan. Sudah tentu mereka akan melaporkan berita yang Wahid Endut akan ganti Ahmad Said sebagai MB.

Kasihan penyokong-penyokong Pas yang diperbodohkan Pas bekerja bertungkus lumus siang dan malam serta korbankan wang ringgit ke dalam tabung Pas kononnya untuk menawan Terengganu. Sedangkan pucuk pimpinan Pas Terengganu pun tak yakin yang mereka akan menang dan awal-awal lagi sudah menyerah kalah.

MB Terengganu sekarang , Datuk Ahmad Said memang bijak politiknya. Taichi dia memang kelas satu beb. Pas sering menjadi sasau dengan beliau. Tempohari Pas melompat-lompat apabila MB kata Pas parti ajaran sesat. Itu belum dikira lagi gerak kerja beliau di peringkat bawah untuk melemahkan Pas yang sering membuatkan Pas berang terhadapnya. Tiba-tiba sekarang sebelum perang bermula Pas sudah angkat bendera putih dan mengistiharkan MB baru Terengganu dari parti Umno.

Dalam Umno kalau nak berlawan dengan Pas Ahmad Said antara yang perlu diletak dibarisan depan. Beliau tahu dimana tempat untuk dipukul bagi melemah dan merebahkan Pas. Dari sejarah penubuhan Pas sehingga kepada Pas yang ada hari ini beliau boleh lawan satu persatu.

Sebab itu sampai hari ini Pas tak berani nak saman beliau berhubung isu Pas parti ajaran sesat. Tempohari gegak gempita bukan main lagi nak saman. Pas tahu mereka akan rebah dikaki Mat Said sebab itu mereka tak berani.

Ada satu perkara lagi yang ramai orang tak tahu pasal Pas. Saya tahu melalui Datuk Ahmad Said. Kalau anda dengar perkara ini pasti anda akan ketawa berdekah-dekah. Insyallah saya akan cerita dalam masa terdekat...


Sumber: RBF Online

-UnReportedNews™®


AZMIN ALI AKAN KECUNDANG DI TANGAN HASAN ALI PADA PRU KE 13?

-SEKIRANYA MEREKA BERDUA DIBANDINGKAN, NYATA HASAN YANG BEGITU VOKAL & TEGAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM TANPA SEGAN-SILU WAIMA SEWAKTU BERSAMA PAS & SEBARISAN DENGAN DAP SUATU KETIKA DAHULU MEMANG DISENANGI MAJORITI MASYARAKAT GOMBAK MANAKALA KEADAAN AZMIN PULA ADALAH SEBALIKNYA, DAN DIPERCAYAI POPULARITINYA BEGITU MERUNDUM DEK GARA-GARA DAKWAAN SKANDAL ISTERINYA, SKANDAL JAMBANNYA & YANG TERBARU, APABILA BELIAU DIKAITKAN DENGAN AKAUN BANK RM3 BILLION ANWAR IBRAHIM .. KEKEKE!-


Cabaran politik pada masa kini dilihat paling besar berlaku dalam sejarah sepanjang 12 kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum diadakan di Negara ini.

Cabaran minda politik dilihat benar2 dijadikan fokus utama parti2 politik terutamanya Pembangkang yang setiap hari memikirkan strategi menyerang politik berlandaskan Persepsi meracuni dan terus menanam masuk ke minda pengundi.

Ianya merupakan jalan mudah Pembangkang menawan Putrajaya. Setiap tuduhan yang dikeluarkan Anwar Ibrahim terhadap Kerajaan terus dianggap benar tanpa perlu mengeluarkan fakta jelas. Maka rakyat terus diperbodohkan Anwar demi menawan Kerajaan Pusat.

Namun satu lagi cabaran baru Politik Negara yang merancakkan perebutan kuasa ini adalah Kuasa Ketiga yang terdiri daripada pihak non partisan. Pengaruh beberapa Pemimpin yang bertindak memimpin NGO dan diperakui mempunyai penyokong tersendiri dari seluruh Negara.

Hasan Ali merupakan antara Pemimpin paling berpengaruh dalam barisan Pimpinan Kuasa Ketiga.

Beliau dilihat tegas dalam prinsip memperjuangkan Islam sebagai asas utama perlaksanaan dasar politik disokong 2 kekuatan dasar Melayu dan Institusi Raja.

Beliau yang pada awalnya menggunakan platform PAS sebagai wadah merealisasi perjuangan tersebut kelihatan secara jelas gagal hasil kemenangan Pembangkang menawan Kerajaan Negeri Selangor.

Ianya tidak mampu dilaksanakan malah timbul tekanan yang lebih keras gara2 kerjasama PAS dengan rakan2 sekutu dari PKR dan DAP.

Lantaran penubuhan NGO Jalur Tiga (JATI) dijadikan platform yang memberi fokus soal aqidah dan moral dalam melahirkan Pemimpin berlandaskan prinsip IMR.

Perjuangan yang dibawa bekas Naib Presiden PAS itu tidak harus dilihat dalam skop Negeri Selangor semata2. Malah maklum balas dari beberapa siri Jelajah Ceramah Selamatkan Aqidah di seluruh Negara membuktikan suara yang menyokong Hasan Ali lebih dari kepompong Negeri tersebut.

Maka sudah tiba masanya Hasan Ali kembali ke Parlimen. Membawa suara desakan yang lebih kental melaksanakan beberapa dasar IMR yang masih tidak diutuhkan lagi menerusi Sistem Pentadbiran.

Parlimen Gombak dilihat amat bersesuaian dipilih sebagai kawasan yang bakal dipertandingkan beliau. Atas rekod selaku Wakil Rakyat di kawasan tersebut yang disenangi penduduk, Hasan Ali juga bakal berdepan dengan Wakil Rakyat sedia ada iaitu Azmin Ali.

Azmin Ali adalah individu yang menyuarakan berbau ugutan terhadap Pimpinan PAS agar mengambil  tindakan tegas terhadap Hasan Ali yang tidak menyokong Perhimpunan 901.

Tak perlulah dibandingkan kekuatan kedua2 individu ini. Jika diambil dari sudut Moral Kepimpinan sahaja, tiada sebab mengapa pengundi harus memangkah Hasan Ali. Itu belum dibandingkan lagi dengan Moral Latarbelakang Kepimpinan Keluarga, Moral Kepimpinan Aqidah apatah lagi Moral Peribadi.

Hasan Ali adalah Winnable Candidate yang mesti diperakui pihak BN mahupun Pembangkang di kawasan Gombak.

Ini adalah sekadar pandangan dan ianya tidak langsung mengganggu apa yang dirancang Hasan Ali pada ketika ini. Akan tetapi harapan penulis blogger Gelombang Rakyat agar pandangan ini dibaca malah diambilkira Hasan Ali sendiri.

Sumber: Gelombang Rakyat

-UnReportedNews™®



Friday 29 June 2012

ANWAR SEMEMANGNYA PELOBI US?

-SAINTIS POLITIK ISLAM MALAYSIA, REFORMIS ISLAM & JUGA AKTIVIS CAHNDRA MUZAFFAR DALAM WAWANCARANYA BERSAMA NILE BOWIE BARU-BARU INI PERCAYA US MEMERLUKAN PELOBI DI ASIA INI .. MACAM KENA JE SALAH SEORANG DARI PELOBI TU .. KEKEKE-


Nile Bowie seorang penulis dan jurugambar Amerika Syarikat (AS) dari Pusat Penyelidikan Globalisasi yang berpangkalan di Montreal, Kanada telah wawancara Profesor Dr Chandra Muzafar pada 17 Jun 2012 di pejabat JUST, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.

Wartawan Barat itu bertanyakan tentang strategi AS di rantau Asia Pasifik dalam menghadapi ancaman negara China sebagai kuasa baru dunia dan kaitannya dengan negara-negara Asia Tenggara seperti Burma, Thailand dan Malaysia dalam agenda tersebut.

“Mereka (AS) memerlukan lebih ramai pemimpin untuk memainkan peranan menghadapi China..Pemimpin yang boleh dikawal AS dari segi pembangunan ekonomi dan politik di rantau ini.

“Mereka mempunyai pemimpin di sini.. yang dipersiapkan untuk tujuan itu iaitu Anwar Ibrahim yang sangat rapat dengan kepentingan neocon di AS,”kata Dr Chandra.

Bowie turut bertanyakan pandangan Dr Chandra tentang grand design ‘Regime Change’ melalui BERSIH yang dibiayai oleh NDI dan yayasan George Soros, Open Society Institute (OSI).

Untuk mendapatkan pandangan Dr Chandra berkenaan persoalan di atas, sila tonton rakaman video di atas. (klik di sini)

Nile Bowie yang kini mula berpindah pangkalan ke Malaysia sering menghantar pandangan-pandangannya tentang isu globalisasi kepada rakannya, Tony Cartalucci, Land Destroyer Report dan Professor Michel Chossudovsky, seorang pakar ekonomi dari Kanada yang menulis di GlobalResearch.ca.


Sumber: AIDC

-UnReportedNews™®



Wednesday 27 June 2012

PEMERHATI DOMESTIK PRU DI KUCHING SARAWAK DIKENALPASTI


Empat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan di Kuching sudah dikenal pasti akan dilantik sebagai "pemerhati domestik" oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepanjang tempoh Pilihan Raya ke-13 (PRU).

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi SPR Timbalan Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar berkata mendedahkan bahawa mereka adalah; Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Orang Ulu, Persatuan Belia Islam Sarawak (PEMBINA) dan Persatuan Belia Sarawak.

"NGO-NGO tersebut ini adalah antara pertubuhan-pertubuhan yang telah dikenal pasti oleh SPR kerana mereka tidak meihak kepada mana-mana parti politik dan sekira mereka menerima pelantikan kami sebagai pemerhati domestik, SPR akan menyediakan mereka dengan dokumen pengenalan (ID) dan baju rasmi SPR."

Katanya, dengan ID dan baju rasmi SPR, NGO ini boleh bergerak secara bebas dan memantau semasa penamaan calon, kempen, pusat pengundian undi, pengiraan undi di Kuching dan di samping itu, yang polis dan pegawai SPR akan mengenal pasti mereka (pemerhati domestik) dengan mudah.

Beliau mendedahkan bahawa terdapat satu senarai panjang NGO yang berminat untuk menjadi pemerhati dalam PRU yang akan dating walau bagaimanapun, disebabkan mereka didapati mempunyai politik yang secara langsung atau tidak langsung bersangku-paut dengan parti-parti politik, SPR menolak permohonan mereka.

"Bagi setiap kawasan Parlimen, hanya 10 pemerhati yang dibenarka n dan oleh itu, NGO ini terpaksa membahagikan pasukan ke kawasan pilihan raya Parlimen masing-masing, 'katanya sambil menambah walaupun mereka dari pelbagai NGO, mereka akan, bekerja sebagai satu pasukan.

Wan Ahmad berkata bahawa disamping pemerhati domestik, beberapa pemerhati asing yang terdiri daripada NGO dari negara jiran yang juga dijemput dalam tempoh PRU.

"Peranan utama pemerhati ini adalah untuk memerhati sepanjang proses seluruh PRU untuk memastikan ketelusan itu supaya semua parti yang bertanding dalam Pilihanraya yang akan berpuas hati dengan keputusan PRU itu kelak," katanya.

-UnReportedNews™®



KOS PRU DI SARAWAK DIANGGAR RM78 JUTA

-IANYA LEBIH DARI SATU PEREMPAT ATAU 25 PERATUS DARI KOS KESELURUHAN PRU MALAYSIA IAITU RM300 JUTA.. BANYAK TU!!-


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Timbalan Pengerusi Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar memberitahu bahawa perbelanjaan bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) di Sarawak sahaja yang dianggarkan RM78 juta iaitu lebih daripada satu perempat atau 25 peratus daripada jumlah pilihan raya bajet perbelanjaan bagi Malaysia.

"Peruntukan tersebut adalah yang paling banyak berbanding dengan negeri-negeri lain daripada keseluruhan bajet perbelanjaan pilihan Negara iaitu sekitar RM300 juta walaubagaimanapun, jumlah ini memang difahami kerana SPR mengambilkira Sarawak memerlukan  tambahan disebabkan saiz kawasan yang luas.”

"Kira-kira 56 peratus bajet Sarawak digunakan untuk membayar penyewaan logistik dan ianya seperti berikut; 777 bot, 53 bot laju, 4,600 unit 4WD dan kereta, 27 unit helikopter dan 2 pesawat kecil," beliau berkata menambah helicopter dan pesawat tersebut akan digunakan di 15 daripada 31 kawasan Parlimen di Sarawak.

Mendedahkan bahawa sejumlah 1,756 pusat mengundi di negeri ini akan dibuka pada PRU ke 13 dan daripada jumlah itu, 133 pusat mengundi mesti menggunakan perkhidmatan pesawat, Wan Ahmad menerangkan bahawa pengundi dari tempat mengundi berkenaan adalah di antara 30 hingga 500 pengundiberdaftari.

Mengenai perkara-perkara yang berkaitan pengundi berdaftar, Sarawak kini mempunyai kira-kira 2,472,140 penduduk dengan 1,431,672 adalah di atas 21 tahun dan layak untuk mengundi  walau bagaimanapun, 404,996 orang (28.3 peratus) belum berdaftar dengan SPR.

"Ini adalah jumlah yang amat besar dan setakat ini, saya berasa kecewa menyatakan bahawa SPR Sarawak hanya terima 107 pertanyaan mengenai semakan pengundi daripada orang ramai," katanya dan menasihatkan rakyat untuk melaksanakan hak-hak mereka untuk mengundi.

Beliau juga memaklumkan untuk menjimatkan membeli tiket penerbangan udara, mereka yang bekerja di Semenanjung Malaysia boleh menukar alamat mereka supaya mereka tidak akan kehilangan hak-hak mereka dan masih boleh mengundi di mana mereka berada sekarang dan bahawa nasihat juga ditujukan kepada mereka dari Semenanjung Malaysia yang bekerja di sini.

-UnReportedNews™®



Tuesday 26 June 2012

PASUKAN PENGUATKUASA KEMPEN PILIHAN RAYA



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa semua parti-parti politik, sama ada daripada kerajaan atau pihak pembangkang untuk mengikuti semua undang-undang, garis panduan dan etika yang telah yang ditetapkan atau dikeluarkan oleh SPR semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang untuk memastikan ianya berjalan lancar.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Haji Wan Ahmad Wan Omar berkata bahawa  kerjasama daripada semua parti politik untuk patuh kepada segala arahan atau larangan yang ditetapkan oleh SPR semasa proses pilihan raya amat penting supaya keputusan pilihan raya akan memenuhi dan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

"SPR adalah sebuah parti yang neutral dan kita tidak memihak kepada mana-mana parti kerana objektif utama kami adalah menjadi platform untuk parti-parti politik  bertanding untuk rakyat memilih siapa yang akan menjadi pemimpin dan kerajaan mereka dengan syarat bahawa semua pihak yang menyertai pilihan raya mematuhi sewajarnya kepada kaedah-kaedah yang dinyatakan."

Wan Ahmad berkata demikian dalam ucapan beliau ketika merasmi Program Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) Zon Kuching yang telah dianjurkan oleh SPR di Hotel Pullman berhampiran bandaraya Kuching di sini pagi tadi.

Mendedahkan bahawa bagi Sarawak, 64 PPKPR akan ditubuhkan di mana dua PPKPR untuk setiap satu daripada 31 bahagian pilihan raya Parlimen kecuali Parlimen Sibu dan Mukah yang akan mempunyai 3 PPKPR, Wan Ahmad menambah bahawa sekiranya kawasan Parlimen yang lain juga merasakan mereka perlu PPKPR tambahan, mereka akan hanya perlu memohon kepada SPR Negeri.

"Setiap pasukan PPKPR akan diketuai oleh anggota polis berpangkat dari Inspektor dan ke atas dan mereka hanya akan melapor di bawah pengawasan Pegawai Pengurus (RO) yang akan dilantik oleh SPR," katanya.

Sambil menjelaskan bahawa daripada tanggungjawab yang PPKPR adalah untuk memastikan bahawa semua pihak yang terlibat dalam mematuhi semua peraturan dan undang-undang SPR, Wan Ahmad berkata bahawa tugas mereka akan bermula sebaik sahaja Parlimen dibubarkan secara rasmi hinggalah pada hari mengundi.

Mendedahkan bahawa kesilapan-kesilapan yang biasa dan lazim yang dilakukan oleh parti-parti politik yang bertanding semasa tempoh kempen pilihan raya yang berkaitan adalah menyuarakan isu-isu sensitif yang disebut dalam "ceramah" dan pada kain rentang mereka, beliau mengingatkan semua pihak perlu mengambil perhatian mengenai perkara ini dan harus menyalurkan maklumat yang sama kepada akar umbi mereka.

Dalam perkara yang berkaitan, beliau juga mengingatkan mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya itu hanya boleh meletakkan satu pihak logo/bendera/sepanduk/poster calon  mereka yang bertanding dalam bahawa Kawasan Parlimen masing-masing seperti yang ditetapkan oleh peraturan SPR.

Beliau memberi contoh sekiranya calon adalah dari PAS, sepanduk di Kawasan Parlimen hanya boleh mempamirkan logo PAS bukan logo parti pembangkang yang lain, walau bagaimanapun, mereka boleh meletakkan sehingga wajah-wajah pemimpin-pemimpin parti masing-masing pada sepanduk tersebut.

"Bagi Barisan Nasional (BN) pula tidak menjadi sebarang masalah kerana mereka didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan mana-mana calon-calon mereka sama ada dari PBB, PRS, SPDP atau SUPP boleh menggunakan logo "dacing" tetapi tidak Pakatan Rakyat (PR) pembangkang (untuk menggunakan satu logol) kerana mereka belum mendaftar dengan ROS."

Ceramah PPKPR telah disertai oleh lebih bahawa 100 orang pegawai polis dan pihak berkuasa tempatan dengan lebih daripada 40 wakil-wakil dari semua parti politik di Sarawak yang digambarkan oleh Wan Ahmad, sebagai "sambutan yang sangat menggalakkan dan positif."

"Sarawak merupakan negeri ke-11 di Malaysia mempunyai ceramah PPKPR yang serupa dan selepas menamatkan rundingan yang sama di Sibu (Jun 27) dan Miri (Jun 28), kami akan melawat dua lagi negeri-negeri lain sebelum akhir bulan Jun," katanya sambil menambah bahawa SPR akan menjalankan beberapa program sokongan selepas bulan Jun.

Juga hadir pada majlis tersebut ialah SPR ahli Dato Haji Mohamed Ramji Alli dan Pengarah SPR Negeri Datu Haji Takun @ Takon Sunggah.


-UnReportedNews™®



RM3 BILLION RINGGIT “BIONICMAN” MALAYSIA

-MASIH INGATKAH WATAK STEVE AUSTIN DALAM SIRI DRAMA SIX MILLION DOLLAR MAN LAKONAN LEE MAJORS PADA TAHUN 70-HAN DULU? BEGITULAH ANWAR IBRAHIM DIGAMBARKAN OLEH DATUK NALLAKARUPPAN SEBENTAR TADI .. OOO .. BIONIK RUPANYA DIA? PATUTLAH DAH TUA PUN MASIH DAPAT “BERAKSI” LAGI .. KEKEKE!!-


Sebentar tadi Datuk S. Nallakarupan menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai “RM3 Billion Ringgit Man” sama dengan watak drama siri “Six Milion Dollar Man” yang popular dalam tahun 70 han dahulu.

“Dulu ada cerita Six Million Dollar Man, kini Anwar Ibrahim adalah Three Billion Ringgit Man,” katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai dakwaan akaun-akaun bank Anwar yang dikatakan berisi RM3 Billion.


Nallakarupan juga menyatakan dia tidak heran jika Anwar benar-benar memiliki sejumlah wang sepertimana yang didakwa namun dia pasti Anwar tidak akan mengakuinya kerana itu adalah sifat Anwar yang semulajadi; suka berdalih.


-UnReportedNews™®




CALON PRU PKR WAJIB BERINTEGRITI & BERKEWIBAWAAN? BIAR BETUL?

-KALO MACAM TU, ANWAR SENDIRI & ADIK TUNGGANGANNYA ASSMIN TIDAK LAYAK MENJADI CALON PKR DALAM PRU KE 13 NI .. YE LER, ANWAR DENGAN VIDEO CHINA DOLLNYA LAH, AKAUN RM3 BILLIONNYA LAH SEMENTARA ASSMIN PULAK DENGAN VIDEO JAMBANNYA, PEMBABITANNYA DENGAN AKAUN ANWAR & MACAM-MACAM LAGI SKANDAL YANG BELUM TERJAWAB .. FIKIR SEBELUM BERKATA .. KEKEKE!!-



Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur mengenai kelayakan pimpinan PKR yang akan bertanding terutama untuk barisan pemuda dan wanita.Menurutnya,kelayakan dan kewibawaan seseorang calon merupakan faktor utama yang akan memastikan kemenangan parti.Bagaimanapun katanya,senarai pimpinan wanita dan pemuda yang dikemukakan setakat ini masih tidak mencapai sasaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

“Senarai setakat ini menunjukkan kuota pemilihan calon pemuda tidak sampai 10 peratus dan begitu juga dengan wanita.Kita telah menjanjikan 30 peratus kuota wanita.Tidak adil mengetepikan anak-anak muda dengan hanya menempatkan calon lama sahaja. Suara anak muda inilah yang akan mewakili semua kaum kerana parti kita didominasi golongan muda berbanding parti lain,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan penutupan Konvensyen Keadilan Perak dengan tema Memacu Keadilan dan Kedaulatan Rakyat di Dewan Chin Woo di sini,kelmarin.Anwar berkata,beliau turut menegaskan pimpinan parti untuk segera mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika dibuat pada Julai ini.

“Kita tidak menolak pilihan raya ini akan diadakan seminggu sebelum Ramadan.Sekiranya ia tidak berlaku,ia suatu bonus kepada kita.Jangan terkejut sekiranya Sabah akan memberi kejutan pada pilihan raya nanti dengan menempelak kekuatan Umno dan BN di negeri itu,” katanya.

Katanya,pimpinan PKR harus mengambil peluang meletakkan calon yang setia kepada perjuangan parti selain mempunyai integriti dan berwibawa dalam kepimpinan. – SH

SUMBER: BADUT RAKYAT


-UnReportedNews™®



Monday 25 June 2012

KURANG YAKIN MENANG PRU, DAP SARAWAK DAH MULA BERKEMPEN!

-ADA GAK BADUT-BADUT PAS DI IMPORT KHAS KE CERAMAH TERSEBUT YANG MEMBUAT LAWAK SPONTAN APABILA MEREKA MENGANGGUK-NGANGGUK KEPALA MEREKA TANDA BERSETUJU DENGAN SETIAP KATA PENCERAMAH YANG BERCAKAP DALAM BAHASA CINA SEOLAH-OLAH MEMAHAMI APA YANG DI SAMPAIKAN .. KEKEKE!!


Malam tadi bertempat di BDC, DAP Sarawak dan Pakatan Pembangkang telah mengerahkan seluruh keringat dengan mengadakan ceramah politik biarpun pembubaran Dewan Rakyat belum lagi diumumkan.

Berbeza pada masa dahulu, kempen dan ceramah politik hanya dibenarkan semasa selepas pembubaran Dewan Rakyat dan DUN setelah diumumkan SPR. Tetapi, sekarang ini Pakatan Pembangkang tidak memperdulikannya malah menggertak polis kononnya sebagai “anjing kerajaan” sekiranya tidak meluluskan permit berceramah.

Kegagalan penganjur memastikan perjalanan ceramah yang diadakan tidak menganggu rakyat ternyata benar apabila ramai pengguna jalan raya merungut kerana keadaan jalan raya yang sesak akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan sesuka hati. Ini sekaligus menyusahkan rakyat yang mahu pergi membeli-belah dan bergerak ke destinasi tertentu. Akibatnya, ada di antara pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya sehingga lebih 2 jam.

Ceramah yang bermula seawal jam 7.00 malam dilengkapi dengan kugiran. Beberapa artis wanita seksi tajaan DAP telah mengambil tempat menghiburkan rakyat yang datang awal. Bagaimanapun, artis Wanita DAP, Violet Yong tidak menyanyi sebaliknya hanya menyampaikan ceramah. Kehadiran Lim Guan Eng telah menyerikan suasana dengan gaya rambut ala-komunis.

Selain Lim Guan Eng sebagai tetamu khas, pemimpin DAP juga turut menyampaikan ceramah dan diikuti pemimpin jemputan dari PKR Sarawak dan PAS Sarawak.

Kebanyakan penceramah hanya membawa isu rasuah yang disabitkan terhadap Ketua Menteri Sarawak. Persoalan di sini, adakah pemerintahan DAP di Pulau Pinang “terlalu bersih”? Apakah rakyat tidak mengambil iktibar terhadap keadaan Kampung Buah Pala yang hanya dijanjikan semasa pilihan raya, tetapi nasibnya kini sudah tida ada. Mungkin, Lim Guan Eng mahu dilihat sebagai hero komunis di mata masyarakat Cina, tetapi sebenarnya anti-Islam.

Inilah yang mahu dimainkan DAP Sarawak pimpinan Wong Ho Leng yang cuba meniru pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Usaha menarik sokongan Cina semakin giat dijalankan dan sanggup memperkudakan PKR dan PAS demi hasratnya mahu meng”komunis”kan rakyat Malaysia.

Agak mengecewakan apabila pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak ketika berceramah, penonton yang kebanyakannya Cina tidak memberikan tumpuan. Mereka kelihatan bersahaja apabila mendengar pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak berucap.

Lebih “menggemparkan” apabila ada di kalangan penyokong DAP menyatakan tidak usah dengar ceramah pemimpin PKR dan PAS. Jika dengar, nanti kita kena masuk Islam. Itulah sebabnya, ramai penyokong DAP buat tidak kisah saja apabila pemimpin PKR dan PAS berucap.

Sumber: WIRA KENYALANG™

-UnReportedNews™®



PR HEBAT? BN LAGI HEBAT!!

-DIANGGARKAN SERAMAI 5,000 ORANG HADIR PADA CERAMAH LIM GUAN ENG DISEBUAH PADANG DI PERUMAHAN BDC SEMALAM .. HEK ELEK! TAK HAIRANLAH SEBAB TEMPAT TU MEMANG KUBU KUAT DAP/PR .. DENGAR-DENGAR CERITA SEPARUH DARI JUMLAH TERSEBUT ADALAH “DI IMPORT” DARI LUAR ..YE KE? KEKEKE!!


Fuyoo..ramai jugak orang dengar kelentong dan hasutan Lim Guan Eng and his gang di BDC Kuching Sarawak semalam. BDC ni kire kubu kuat DAP/PR lah so tak heranlah ramai yang datang.


NAH AMBIK KOW!! Berbanding dengan jumlah lebih daripada 30,000 orang menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bulan lepas ketika merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Kota Bharu, Kelantan yang juga PUSAT KUBU KUAT PEMBANGKANG!! Kekeke!!

-UnReportedNews™®


VIDEO SEX ANWAR & LELAKI JAMBU?

-DIKATAKAN RAKAMAN VIDEO SEX "ANUGERAH TUHAN" TERSEBUT KINI BERADA DALAM SIMPANAN PERISIKAN SINGAPURA UNTUK DITAYANGKAN PADA MASA HADAPAN SEKIRANYA PERLU .. NANTIKAN SAHAJA TAYANGANNYA ... CHEHHHH .. MACAM PREVIEW WAYANG PULAK .. KEKEKE!!-


Laman web paling kontroversi, Wikileaks, pernah mendedahkan berita paling hangat tetapi tidak mengejutkan iaitu bahawa Perisikan Singapura dan Bekas Pemimpin Singapura, Lee Kwan Yew memberitahu Australia's Office of National Assessments (ONA) dalam perbualan mereka yang Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, adalah bersalah sepertimana yang didakwa.

Kenyataan itu berdasarkan ‘perisikan teknikal’ iaitu kemungkinan besar dengan memintas talian komunikasi. Ia kemudiannya melaporkan bahawa ONA telah menyemaknya dan Singapura telah mengesahkannya bahawa “ia adalah satu perangkap dan Anwar mungkin tahu mengenainya tetapi tetap masuk ke dalamnya”.

Walaupun selera seks atau mungkin juga ‘ketagihan’ seks Anwar telah menjadi pengetahuan umum, Anwar bagaimanapun terlepas dari dakwaan meliwat Saiful Bukhari pada awal tahun ini.

Tetapi ini bukan bermakna Anwar boleh merasa lega. Baru-baru ini, kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan beliau melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet. Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali.

Sumber-sumber melaporkan bahawa pasukan Anwar semakin terdesak dan tertekan walaupun video tersebut belum lagi dimuatnaikkan ke internet.

Kita tidak perlu menjadi seorang genius untuk mengetahui bahawa video tersebut disimpan oleh Perisikan Singapura untuk kegunaan masa depan. Singapura adalah musuh azali Malaysia dan Lee Kwan Yew tidak mungkin dapat bersemadi dengan aman jika beliau meninggal dunia sebelum DAP atau saudara sebangsanya dapat memerintah Malaysia.

Anwar, dikatakan peluang terbaik untuk Singapura mencapai impian untuk meluaskan sempadannya di utara. Justeru, masuk akallah kenapa Singapura harus terlibat dalam demonstrasi BERSIH dan Anti-Lynas malah melatih rakyat mereka untuk campurtangan dalam pilihanraya Malaysia.

Singapura perlu meletakkan Anwar di atas takhta supaya mereka boleh melondehkan seluarnya dan mengikat tangannya. Anwar akan menjadi anjing paling patuh yang akan melepaskan takhta apabila masanya sesuai untuk DAP mengambil alih.

Tetapi, penulis melihat bahawa ia merupakan satu tindakan kurang bijak untuk Singapura dan DAP meneruskan strategi dan rancangan yang bukan lagi rahsia ini.

Video seks Anwar – sama ada secara biasa atau songsang, tidak lagi boleh dianggap sebagai alat yang mampu mengawalnya. Di Malaysia, penyokong Anwar akan menyokongnya walau apa pun yang terjadi dan akan mempersetankan saja segala gambaran negatif mengenai dirinya tanpa berfikir dua kali. Manakala yang tidak menyokongnya pula, tidak memerlukan tambahan bukti untuk meyakinkan mereka bahawa beliau memang benar-benar bersalah.

Lagipun, parti Anwar sedang nazak kerana kelemahan kepimpinan dan ketidakcekapan. Dengan perbalahan dalaman yang tidak pernah selesai, parti ini mungkin tidak dapat hidup lama untuk menghadapi pilihanraya.

Bagaimanapun, rakyat tetap berminat untuk menilai ‘keupayaan’ manusia Anugerah Tuhan ini. Di masa yang sama, kita juga tidak boleh menolak kewujudan pengundi atas pagar. Oleh itu, pendedahan video seks ini tetap akan menjadi bonus kepada Malaysia.

Untuk itu, mungkin rakyat Malaysia boleh menahan nafas menunggu dengan sabar dan Anwar pula boleh berhenti bernafas terus kerana kita mempunyai alasan untuk percaya bahawa video tersebut sedang terlepas dari genggaman Singapura dan mungkin akan jatuh terus ke internet pada masa yang tepat, sebelum pilihanraya.

BLUE BEARY

SUMBER: HOUSE PK


-UnReportedNews™®



ANWAR DICABAR SAMAN JIKA TAK TIPU!!

-TAK KENAL MAKA TAK CINTA, JIKA TAK BENAR SAMANLAH DIA!! ANDA BERAN KE NAK SAMAN DIER ORANG BANG ANU? ATAU PUN MEMANG BETUL-BETUL KAMU ADA RM3 BILLION? KEKEKE!!-

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion jika tuduhan mereka tidak benar.

"Yang amat saya hairan mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang membuat kenyataan berani itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Anwar perlu menjelaskan jika benar akuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dan Ummi Hafilda mengenai wang RM3 bilion itu.

Khamis lepas, sebuah akhbar harian melaporkan pendedahan Abdul Razak bahawa beliau telah membuat akuan bersumpah untuk membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes tersebut agar kebenaran dapat diperoleh.

SUMBER:  BERNAMA




-UnReportedNews™®



UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List