Monday 25 June 2012

ANWAR DICABAR SAMAN JIKA TAK TIPU!!

-TAK KENAL MAKA TAK CINTA, JIKA TAK BENAR SAMANLAH DIA!! ANDA BERAN KE NAK SAMAN DIER ORANG BANG ANU? ATAU PUN MEMANG BETUL-BETUL KAMU ADA RM3 BILLION? KEKEKE!!-

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion jika tuduhan mereka tidak benar.

"Yang amat saya hairan mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang membuat kenyataan berani itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Anwar perlu menjelaskan jika benar akuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dan Ummi Hafilda mengenai wang RM3 bilion itu.

Khamis lepas, sebuah akhbar harian melaporkan pendedahan Abdul Razak bahawa beliau telah membuat akuan bersumpah untuk membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes tersebut agar kebenaran dapat diperoleh.

SUMBER:  BERNAMA




-UnReportedNews™®



No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List