-SELAIN PINGAT SP, BAPANYA, MENDIANG REGGIE HANYA "DIHADIAHKAN" DENGAN SEBUAH KERUSI RODA YANG BELIAU TIDAK PERNAH GUNAKAN BIAR SEKALIPUN & IANYA DIRASAKAN TIDAK SETIMPAL DENGAN PENGORBANAN YANG TELAH DIBERI, JELAS RAIYAN-
Di hati Raiyan Iskandar Reggie serta isterinya Norliza
Bolhasan, mendiang bapanya/bapa mertuanya, Inspector Reggie Deli adalah “seorang
wira sejati” sehinggalah ke hujung akhir hayat beliau.
“Dia sekalipun tidak pernah mengadu atau merungut hinggalah
ke akhirnya (beliau meninggal dunia) bahkan tidak pernah pun dia menyatakan ketidakpuasan
ataupun keluhan terhadap pasukan polis atau kerajaan biarpun dimata kami
begitu nyata yang perkhidmatannya ketika menyabung nyawanya sendiri melawan
komunis semasa darurat dahulu jelas tidak dihargai dengan setimpalnya.”
Ini kenyataan yang keluar dari mulut Raiyan, ketika
ditemubual UnReportedNews™® semasa lawatan
Ahli Parlimen Santubong dan juga Yang Dipertua Persatuan Bekas-Polis Sarawak
Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di rumahnya di BDC di Kuching petang
semalam.
"Selain daripada pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), mendiang
ayah saya hanya menerima satu kerusi roda dari pihak polis yang beliau tidak
pernah guna walaupun sekali sehingga dia meninggal dunia, berbanding dengan
beberapa orang veteran polis yang lain dimana mereka di beri ganjaran seperti pangkat dan juga tanah,”
kata Raiyan.
Sementara itu, Norliza mendedahkan bahawa keinginan mediang
bapa mertuanya yang meninggal dunia baru-baru ini pada 11 Julai tahun ini telah
tercapai dimana mendiang Reggie berhasrat inginkan pengkebumiannya di adakan
secara penuh hormat sebagai seorang anggota polis. (Beliau di kebumikan pada 14
Julai)
Mendiang Reggie yang berusia 78 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung yang kedua di mana serangan jantung pertamanya telah mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan selama 28 tahun.
Mendiang Reggie yang berusia 78 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung yang kedua di mana serangan jantung pertamanya telah mengakibatkan beliau lumpuh separuh badan selama 28 tahun.
Junaidi, yang diiringi oleh isteri beliau Datin Hajah
Feona Sim Abdullah menyatakan bahawa dia
dan mendiang Reggie berada di dalam satu kompeni yang samaketika bertugas
sebagai polis.
Sambil menyatakan takziah kepada Raiyan dan keluarganya,
Junaidi menerangkan beliau telah dimaklumkan
mengenai pemergian ayah Raiyan pada hari tersebut, namun komitmen dan tugasnya
menghalangnya untuk melawat mereka sehinggalah semalam.
"Sebelum ini, kami (Persatuan Bekas Polis Sarawak) sering
berhubung dengan Reggie tapi yang amat menyedihkan adalah perkhidmatan Reggie
dan semua wira-wira Sarawak yang lain yang telah tidak pernah yang diiktiraf
dan dihargai dengan setimpalnya," kata Junaidi, yang juga Timbalan Speaker
Parlimen.
Ketika menyampaikan sumbangan peribadinya, Junaidi
mengingatkan Raiyan bahawa mendiang bapanya, Reggie adalah wira yang sejati dan Raiyan serta keluarga harus sentiasa berbangga dengan pengorbanan yang
diberikan oleh bapanya kepada polis, Sarawak dan Malaysia, secara umumnya.
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®