-HANYA JURUTERBANG HELIKOPTER RICO STEGER, 35, WARGANEGARA JERMAN BERJAYA BERENANG MEREMPUH ARUS DERAS SUNGAI TERSEBUT SEBELUM DI SELAMATKAN OLEH NELAYAN TEMPATAN .. SEHINGGA KINI TIGA PENUMPANG LAIN BELUM DI TEMUI-
Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 syarikat
keselamatan “Sebiro” milik Datuk Sng Chee Hua dilaporkan terhempas di dalam Sungai
Lingga, Sri Aman dalam cubaannya membuat pendaratan cemas pagi tadi.
Menurut laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
pesawat terbabit yang dipandu juruterbang warga asing bersama tiga lagi
penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam
8.57 pagi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Abdullah Sani
ketika mengesahkan kejadian itu tersebut menyatakan dia dimaklumkan oleh DCA,
helikopter itu dalam perjalanan ke Nanga Merit, Kapit dari KIA.
“Helikopter tersebut dinaiki oleh seorang juruterbang dan tiga
penumpang namun juruterbang terbabit
diselamatkan oleh sekumpulan nelayan selepas empat jam berenang di muara sungai
itu dan seterusnya dibawa ke Kampung Tebelu, Sebuyau.”
Menurut Acyril lai gerakan mencari tiga lagi penumpang
yang hilang masih diteruskan dengan bantuan Pasukan Gerakan Marin dan Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM)
Anak kepada pemilik syarikat helikopter berkenaan, Larry
Sng dalam laman twitternya juga mengesahkan kes helikopter syarikat Sebiro yang
terhempas di mana juruterbang yang hanya di kenali sebagi Rico selamat.
“Kesemua empat penumpang terselamat setelah terhempas ke
dalam sungai yang arusnya begitu deras, namun hingga kini, Rico saja yang
disahkah terselamat,” tambah Larry lagi.
I've heard that there are no life jacket given to them...such a fool,no precautious action by the comp..pity to them..lets pray nothing bad happen to them...amin...
ReplyDelete