Sunday 22 April 2012

PILIH KERAJAAN YANG MAMPU MENSTABILKAN POLITIK

-UMAT ISLAM DI LARANG MEMILIH PEMIMPIN YANG NYATA LEBIH CENDERUNG KEPADA KONFLIK, MENIMBULKAN MASAALAH, TIDAK MENGAMBIL KIRA ATAS KESELAMATAN RAKYAT JELATA ATAU NEGARA, LEBIH-LEBIH LAGI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI ATAU MENCAPAI MATLAMAT MEREKA SENDIRI-

 (Dari kiri) Junaidi, Asfia, Hazland dan Rashidi semasa sesi penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat majlis semalam.
Keupayaan kerajaan mengekalkan kestabilan politik negara secara konsisten adalah salah satu aspek utama yang dititikberatkan dalam Islam kerana hanya dalam suasana yang aman damai tersebut yang akan membolehkan perlaksanaan serta amalan sejajar dengan ajaran Islam secara maksima.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Haji Mohamad Asfia Awang Nassar berkata bahawa oleh demikian rakyat seharunya berfikir secara bijak dan berhati-hati lebih-lebih lagi ketika "memilih"sesebuah kerajaan, dengan mengambilkira semua aspek, termasuk dasar polisi, wawasan dan pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan.

"Dalam Islam, kita digesa untuk memilih pemimpin yang membolehkan untuk membuat kita (rakyat) berasa selamat dan terjamin, seorang pemimpin yang boleh menggerakkan ekonomi agar mendapat pendapatan untuk negara," katanya.

Asfia mengingatkan bahawa ajaran Islam juga jelas memperigati kita agar jangan memilih pemimpin kerajaan yang nyata menunjukan kecenderungan menyebabkan keretakan dalam perpaduan masyarakat yang menjuruskan kesusahan, mengakibatkan  kekacauan di kalangan rakyat dan negara secara amnya.

Mengambil contoh Andulusia (Sepanyol) yang terletak di sebuah benua di seberang lautan yang pernah dijajah oleh empayar Islam dari Negara Arab selama 800 tahun beberapa abad yang lalu, Asfia menjelaskan bahawa salah satu sebab utama yang telah menyumbang kepada kejatuhan Islam empayar di Adulusia adalah perpecahan di kalangan masyarakat Islam sendiri.

"Pelbagai persengketaan dan pertikaian di kalangan umat Islam pada masa itu telah melemahkan salah satu daripada pasukan tentera yang paling berkuasa di dunia pada masa itu dan di tambah lagi apabila musuh-musuh mereka melihat peluang ini dan terus mengambil kesempatan atas situasi ini sehingga berjaya menghalau umat Islam dari Andulusia dan kembali ke Negara mereka sendiri di Timur Tengah."

Asfia berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian Seminar Pengurusan Masjid dan Surau anjuran Pusat Khidmat Parlimen Santubong yang telah diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak di Jalan Sultan Tengah berhampiran Bandaraya Kuching di sini petang semalam.

"Kita seharusnya mengambil iktibar dari sejarah yang jelas menunjukkan bertapa pentingnya mengekalkan ketabilan politik dalam mana-mana negara di dunia ini dan  menjadi kuat dan gagah, kita mesti sentiasa bersatu padu dan sentiasa berusaha mengukuhkan lagi ikatan sirratulrahim sesama Islam jika tidak, sejarah Andulisia pasti akan berulang tapi kali ini kita yang menjadi mangsa keadaan.”

"Kita boleh menggunakan politik untuk mengukuhkan Islam tetapi jangan sesekali kita  menggunakan Islam untuk melemahkan politik di negara ini," beliau memperingatkan seramai 150 Imam dan ahli jawatankuasa dari 70 Surau dan Masjid di kawasan Parlimen Santubong yang menyertai seminar itu.

Beliau juga memuji Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Junaidi Tuanku Jaafar yang begitu cemerlang, terutamanya mencari peruntukkan dana dari kerajaan persekutuan sama ada untuk kos penyelenggaraan atau menaik taraf kemudahan di hamper semua 112 Surau dan Masjid di kawasan Parlimennya.

"Seorang pemimpin yang berkemampuan seperti Datuk Wan Junaidi juga mempunyai kriteria yang penting di mana beliau tidak pernah meninggalkan pembangunan untuk masyarakat Islam di kawasan beliau dan saya percaya semua rakyat dan penduduk Santubong menharapkan beliau meneruskan perkhidmatannya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 untuk kesinambungan pembangunan di kawasan itu.”

Junaidi, yang juga Timbalan Speaker Parlimen telah diiringi oleh isteri beliau Datin Hajah Feona Sim Abdullah dan turut hadir pada majlis itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan Pemanca Rashidi Junai .

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. mohon tumpang berjuang di blog bro
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List