Sunday, 22 April 2012

UMNO BERTANDING DI SARAWAK PADA PRU KE 13?

-PERDANA MENTERI MALAYSIA & PRESIDEN BN PUSAT DATO' SERI NAJIB TUN RAZAK MENGAMAL PERINSIP MENGHORMATI SEMUA RAKAN PARTI KOMPONEN BN YANG LAIN, OLEH ITU MANA-MANA CALON BEBAS MENDAKWA DISOKONG UMNO PUSAT PADA PRU NANTI CUMALAH GIMIK POLITIK MERAIH UNDI-


Ahli Parlimen Santubong Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin bahawa UMNO tidak mempunyai berniat langsung untuk "bertembung" dengan rakan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang sepertimana yang cuba digembar-gemburkan oleh sesetengah individu baru-baru ini.

Beliau berkata demikian bagi kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang wartawan mengenai laporan sebuah akhbar dimana Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Negeri Sarawak (JPUNS) Affendi Jeman telah menyuarakan keinginan beliau untuk bertanding di Santubong di atas tiket bebas.

"Saya cukup yakin UMNO pusat tidak mempunyai sebarang kaitan dengan hasrat Saudara Affendi yang ingin bertanding itu,” tegas Junaidi  sambil menambah Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN pusat berpegang kuat kepada perinsip menghormati semua rakan-rakan parti komponen BN.

“Atas dasar yang diamalkan BN selama ini, saya percaya PM Najib tidak akan membenarkan ianya berlaku tetapi sekiranya terjadi jua pertembungan antara saya dengannya atau sesiapa sahaja yang bertanding di Santubong dalam PRU ke-13, saya akan mengganggap mereka sebagai “musuh-musuh” BN/Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan berikrar akan menentang mereka habis-habisan.”

“Hasrat Saudara Affendi (ingin bertanding) mungkin disuarakannya secara peribadi tanpa di maklumkan kepada UMNO pusat apatah lagi mendapat restu untuk berbuat demikian kerana selama ini, semua parti-parti komponen BN mengamalkan perinsip saling menghormati sesama sendiri baik parti UMNO, PBB atau mana-mana rakan komponen mereka yang lain,” jelasnya lagi.

"Secara peribadi juga, saya meragui yang Saudara Affendi telah mendapat kebenaran atau restu dari UMNO pusat untuk berbuat demikian dan beliau sebenarnya berniat secara peribadi dengan berselindung di belakang tabir JPUNS iaitu penaja UMNO namun sebaliknya, dia seolah cuba “menajakan” dirinya sendiri,” tegasnya secara sinis.

Junaidi yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menjelaskan dia bergaul rapat dengan semua ahli parlimen pada peringkat UMNO pusat mahupun negeri dan setahu saya setakat ini, mereka belum ada menyuarakan hasrat ingin melebarkan sayap mereka di sini.

“Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang membolehkan Saudara Affendi atau sesiapa saja rakyat Malaysia mempunyai hak untuk bertanding dalam mana-mana pilihanraya namun biarlah secara beretika secar “gentleman” tanpa mengguna nama pihak-pihak yang lain.”

Junaidi, yang diiringi oleh isterinya Datin Hajah Feona Sim Abdullah telah ditemubual oleh pemberita sejurus sahaja merasmikan "Program Santai Bersama Ahli Parlimen" anjuran KRT Kampung Goebilt di Kuching pagi semalam.

Di minta mengulas spekulasi yang menyatakan dia adalah salah satu daripada beberapa Ahli Parlimen BN Sarawak yang bakal digugurkan dalam PRU yang akan datang, GE yang akan datang, Junaidi menegaskan keputusan samaada dia akan mempertahankan kerusinya atau sebaliknya adalah hak mutlak kedua Ketua Menteri Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud dan juga PM Najib untuk menentukannya.

"Persoalan samaada saya akan bertanding lagi atau tidak bergantung kepada keputusan kedua-dua pucuk pimpinan parti negeri baikpun di peringkat pusat kerana  sebagai seorang ahli parti yang setia dan taat, saya harus akur dengan apa saya yang akan diputuskan oleh kedua pucuk pimpinan BN,” tegasnya lagi.

Menjawab soalan berkaitan dengan penubuhan “Sarawak Workers Party” (SWP) baru-baru ini yang mungkin juga akan bertanding dalam PRU ke-13, Junaidi bersetuju dengan pendirian Ketua Menteri Sarawak iaitu, “SWP mempunyai hak untuk berbuat demikian malah kehadiran SWP akan menambah lagi “kemeriahan” PRU ke 13.”

Walaubagaimanapun, dia bersikap realistik apabila menyatakan peluang SWP menyertai BN Sarawak mungkin agak tipis kerana mengikut perlembagaan BN Negeri yang sedia ada, mana-mana parti baru yang memohon menjadi ahli komponen parti BN Sarawak wajib mendapat persetujuan secara menyeluruh dari kempat-empat ahli komponen yang sedia ada yakni PBB, PRS, SPDP dan juga SUPP.

Junaidi adalah salah seorang ahli veteran politik yang mempunyai rekod yang baik dan konsisten terutamanya melibatkan pembangunan dan projek-projek di kawasan-kawasan yang pernah beliau wakili dan sekiranya dia mempertahankan semula kerusi Parlimen Santubong pada PRU ke-13, dia akan di rekodkan sebagai salah satu daripada segelintir kecil ahli-ahli Parlimen yang bertugas selama enam penggal;  Ahli Parlimen Batang Lupar (1991, 1996 dan 1999) sebelum penukaran kerusi ke Santubong (2004 dan 2008).

Semasa terakhir PRU ke 12 pada tahun 2008 GE 12, Junaidi yang bertanding atas tiket PBB/BN dalam pertandingan satu lawan satu di Santubong dengan peratusan pengundi yang keluar mengundi sebanyak 64.73% (dan 248 undi rosak) telah menang besar dengan berjaya memperolehi sebanyak lebih dari 15,800 undi mengalahkan calon lawan PKR Rahamat Idil Latip hanya meraih 3,855 undi.


-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List