Saturday, 25 November 2017

Tiga Perkara Bawa Kejayaan Cemerlang PBB Pantai Damai Dalam PRN dan PRU


KUCHING: Sebenarnya tiada rahsia disebalik kejayaan PBB Pantai Damai dalam PRU dan PRN yang lepas namun ianya dari usaha dan kerjasama yang telah dijalankan.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Haji Abdul Rahman Junaidi berkata, kejayaan pada PRN dan PRU yang lepas memperolehi mendapat keputusan cemerlang atas usaha semua sayap-sayap PBB Pantai Damai; Bapa, Wanita dan Pemuda.

Abdul Rahman, yang juga ADUN Pantai Damai dan juga Pengerusi Parti PBB Pantai Damai menyatakan pada PRN lepas PBB/BN mendapat majoriti sebanyak 9,260 undi manakala pada PRUnya pula juga mendapat majoriti lebih 9,000 undi.

"Asas pertama adalah 'komitmen sepenuhnya kepada parti', dimana ahli PBB Pantai Damai seharusnya berjuang bersungguh untuk PBB sepanjang masa."

"Asas kedua adalah 'kerjasama' yakni bekerja tanpa protokol dan agar kita biar bekerja dengan akrab dalam satu pasukan sebagai satu keluarga yang besar."

"Asas ketiga adalah 'tanggungjawab', dimana semua melaksanakan tugas tanpa memilih tugasan biar dari sayap bapa, wanita dan pemuda," katanya lagi dalam pada Majlis Perasmikan Mesyuarat Agung Pewakilan Parti PBB Cawangan N.4 Pantai Damai pada pagi ini.


Menurut Abdul Rahman lagi, PBB Pantai Damai juga telah tanpa henti mengambil pendaftaran keahlian baharu PBB.

"Setakat October 2017, dari 41 ranting, PBB Pantai Damai mempunyai keahlian PBB yang paling ramai sekali iaitu seramai lebih 16,000 orang," tambahnya lagi.

Mengingatkan kepada mereka yang telah dicalonkan agar melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakan-rakan seperjuangan, Abdul Rahman juga mengucapkan selamat maju jaya kepada semua.


Mesyuarat Agung Pewakilan Parti PBB Cawangan N.4 Pantai Damai dijadualkan akan berlangsung selama dua hari dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, yang juga Timbalan Pengerusi PBB akan merasmikan penutupan majlis esok.-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List