Sunday 24 April 2016

Wan Junaidi Yakin Adenan Menang Besar Di Tanjung Datu

 
Pengarah Jentera Pilihanraya Tanjung Datu Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar yakin Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem akan menang besar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang Ke-11 nanti.
 
"InsyaAllah, saya yakin Tok Nan (Tan Sri Haji Adenan) akan menang besar pada PRN11 Sarawak nanti kerana rakyat di kawasan ini tahu beliau sememangnya seorang pemimpin yang perihatin dan mengambil berat akan kebajikan masyarakat."
 
Junaidi, yang juga merupakan ahli Parlimen Santubong dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bekata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama pemberita Bernama di Rumah Rehat di Lundu sebentar tadi.
 
"Lebih 50 perinsip dan dasar yang mesra-rakyat telah dilaksanakan oleh Tok Nan dalam masa yang singkat semenjak memegang tampuk pimpinan sebagai Ketua Menteri iaitu selama dua tahun."
 
"Saya telah turun ke padang dan melawat kawasan-kawasan di Tanjung Datu dan Alhamdullillah, respon serta sokongan rakyat kepada Tok Nan amat memberansangkan," katanya lagi.
 
Ditanya sekiranya kehadiran calon bebas atau mana-mana pembangkang yang turut bertanding di DUN Tanjung Datu akan menjejaskan majoriti undi, Junaidi menyatakan, beliau cukup yakin ianya tidak akan mendatangkan sebarang apa-apa impak.
 
"Saya tidak nampak apa-apa isu yang boleh diketengahkan oleh mana-mana calon yang menentang Tok Nan," kata Junaidi lagi.
 
Untuk rekod, Tan Sri Haji Adenan Satem telah memenangi kerusi DUN Tanjung Datu pada PRN10 yang lepas dengan majoriti sebanyak 3,216 undi setelah mendapat 4,218 undi mengalahkan Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) yang hanya mendapat 215 undi sementara Nani Sahari (PAS) sebanyak 1,002 undi. -UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List