Sunday 24 April 2016

Pembangunan Kampung Bengang Tidak Dilupakan

 
Penambah-baikan kemudahan awam penduduk Kampung Bengang di Tanjung Datu sentiasa diambilkira oleh kerajaan.
 
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menyediakan kemudahan awam yang sempurna seperti jalanraya, eletrik dan air sepanjang masa.
 
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Randau Enggau Wakil Rakyat Kampung Bengang di Kampung Bengang, Tanjung Datu hari ini.
 
"Jalanraya yang berdekatan Kampung Bengang akan diperbaiki dalam masa terdekat serta sistem perparitan di kampung ini akan diadakan kajian untuk menentukan kos projek tersebut sebelum dilaksanakan."
 
Junaidi, yang juga merupakan Ahli Parlimen Santubong menambah, bagi permintaan penduduk setempat agar dibinakan dewan masyarakat yang baru di kampung itu, beliau akan memberi perhatian akan perkara tersebut kerana ianya bergantung peruntukan pada tahun hadapan.
 
Dalam masa yang sama Junaidi menyatakan, penduduk di kawasan Tanjung Datu amat bertuah kerana diwakili oleh seorang ADUN yang juga merupakan Ketua Menteri negeri ini.
 
"Banyak dasar dan perinsip yang memberi kebaikan kepada rakyat yang telah dibawa oleh Ketua Menteri kita jadi, saya harap penduduk di sini akan terus menyokong beliau dan BN lebih-lebih lagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11 nanti," tambahnya lagi.
 
Majlis tersebut juga menyaksikan Junaidi menyerahkan geran bantuan kepada beberapa kampung berdekatan serta menyampaikan bantuan kepada warga tua. -UnReportedNews™®
 
 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List