Sunday 24 April 2016

Sarawak Report Cuba Kaitkan Adenan dan UMNO

 
Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11, Sarawak Report (SR) ligat cuma mencemarkan imej Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem dengan mengaitkan beliau dengan UMNO.
 
Mungkin kerana menyedari populariti Adenan sedang melonjak naik, SR, pada penulisan bertajuk "Najib's Gang And The Sarawak Plot - PBB Election Rivalries Open Up" bertarikh 20 April 2016 cuba memberi gambaran Adenan seakan berkomplot cuba membawa UMNO masuk ke Sarawak.
 
Walhal Adenan, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak telah secara jelas menegaskan, beliau akan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri dan pengerusi BN jika UMNO masuk Sarawak.
 
Adenan juga dengan jelas menyatakan, jika UMNO datang membantu BN Sarawak berkempen beliau mengalu-alukannya namun untuk bertapak di Sarawak, saya katakan tidak dan jika mereka masuk, saya akan meletak jawatan.
 
"Sarawak tidak perlukan UMNO kerana kepimpinan negeri ini kuat seperti UMNO masuk ke Sabah disebabkan ada permasalahan dalaman dan saya telah tegaskan perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Adenan dalam satu majlis di Sarawak baru-baru ini.
 
Mengenai dakwaan SR, Adenan telah "berubah" dari menjauhkan diri dari PM Najib dan tiba-tiba mendekati Najib, Adenan telah secara terbuka mengakui beliau suka kepada Najib kerana beliau membawa pelbagai peruntukan bagi pembangunan dan projek kepada Sarawak setiap kali lawatannya ke sini.
 
Dalam penulisan SR juga mendakwa, wang dalam pelbagai jenis dominasi telah diagihkan ke jentera pilihanraya dan kononnya juga ada disimpan di rumah Adenan di Santubong dan menanti untuk diambil oleh wakil-wakil parti komponen BN Sarawak.
 
Sekiranya benar pun, apa yang menjadi kesalahannya? Apakah selama ini DAP/pembangkang tiada menggunakan wang untuk berkempen? Apakah lori trailer-trailer gergasi (lihat gambar di bawah) DAP ini dipinjam kepada mereka secara percuma? Amboi, baik betul tokey lori trailer yang meminjam tu ye.. -UnReportedNews™®
 

 

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List