Thursday, 11 June 2015

Nazib Syok Sendiri, DAP Akan Bertanding Di Satok - Aziz Isa


Ketua AMK Sarawak Ahmad Nazib Johari tidak perlulah nak "syok sendiri" untuk menjadi calon bertanding di Satok pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang kerana   kerana DAP sudah ada calon yang nyata lebih baik dari dirinya di kawasan tersebut. 

Penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong Abdul Aziz Isa berkata, selain dari Satok, DAP juga akan meletakkan calon di Tupong pada PRN yang akan datang dan kedua-duanya adalah calon Melayu, graduan berumur bawah 30 tahun dan merupakan anak tempatan.

"DAP akan bertanding di Satok kerana saban hari PKR "hampir sunyi" di Satok tambahan kehadiran PKR di Satok adalah "almost zero" (kosong)," tegasnya lagi.

Aziz, yang merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata demikian apabila dihubungi Sarawakiana dan ditanya mengenai gerakan #nazib4satok yang lancarkan oleh Nazib baru-baru ini di Fanpage FB beliau untuk menjadi calon di Satok pada PRN yang akan datang.

Mempersoalkan bagaimana Nazib, yang kini bekerja di Kuala Lumpur berniat hendak menjadi wakil rakyat di sini (Satok) walhal hanya "muncul" di ambang pilihanraya, Aziz menyifatkan tindakan Nazib yang sudah membuat poster untuk bertanding tersebut sebagai "syok sendiri".

"PKR di Petra Jaya bagaikan sudah tidak berfungsi lagi, tambahan pejabat PKR Petra Jaya pun sudah ditutup dan kebanyakan isu atau kes-kes di Satok, Tupong and Samariang (dalam Kawasan Parlimen Petra Jaya) dikendalikan oleh DAP," dakwa Aziz.

"Takkanlah setelah penat-penat DAP "menebas rumput sehingga padang dah rata dan cantik, pemain pun sudah bersedia untuk berlawan", tiba-tiba nak diserahkan kepada PKR?," persoal Aziz lagi secara sinis.

Menyifatkan PKR hanya mahu menjadi calon tapi enggan bekerja tanpa turun padang, Aziz berkata, pertembungan di Satok pada PRN kelak adalah diantara DAP dan PBB, bukannya di antara PKR dan PBB seperti dulu.

"Lagipun, DAP selama ini telah mengadakan pelbagai program di kawasan Satok seperti program membantu isi borang kebajikan, isi borang baitulmal, 14 program di bulan puasa (yang lepas), menyuarakan isu Taman Mini Satok, isu penjaja Kampung Masjid, isu tanah terbiar di Binamara dan banyak lagi program-program lain tapi, apa yang dah PKR buat selama ini?," persoal Aziz lagi.

Beliau juga mendakwa, penyokong pro-pembangkang di Satok sudah tidak lagi mempercayai PKR malah, lebih mempercayai DAP yang jelas nampak bekerja dan serius membantu orang susah berbanding PKR yang hanya senyap dan muncul masa pilihanraya seperti biskut "Chipsmore".

"Terus terang saya katakan, penduduk di Kampung Tanjong and Kampung Sinjan dah menolak PKR, dan semua bekas ahli PKR di kawasan sana telah menyertai DAP, tambahan kawasan tersebut sudah dibuka dua ranting DAP," dakwanya lagi. (Baca sepenuhnya)

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List