DAP, khususnya di Sarawak bagaikan tidak putus asa berusaha untuk menembusi kawasan-kawasan Melayu dengan menggunakan apa jua taktik termasuk meletakkan calon DAP Melayu di kawasan yang mereka akan tandingi.
Terkini, sumber dalaman DAP Sarawak mendedahkan kepada UnReportedNews™®, seorang bekas pegawai polis akan diumumkan sebagai calon DAP yang akan bertanding di Simunjan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang ke -11 yang dijangka akan diadakan sebelum pertengahan tahun hadapan.
Sumber tersebut, tanpa memberi nama individu yang dimaksudkan hanya mendakwa calon tersebut amat dikenali oleh penduduk setempat khususnya kawasan Simunjan.
"Beliau (calon DAP) amat memahami permasalahan penduduk Simunjan dan kami berasa amat optimis dia akan memberi tentangan yang hebat."
"Hanya besok malam (hari Sabtu) sahaja, kami akan umumkan siapa calon tersebut dengan secara rasminya yang akan bertanding di Simunjan menentang penyandangnya iaitu Datuk Haji Naroden Majais (PBB/BN) atau sesiapa sahaja yang akan bertanding di Simunjan dalam PRN ke - 11 kelak."
Untuk rekod, Naroden, pada PRN ke -10 yang lepas telah menang dengan majoriti sebanyak 4,048 undi setelah mendapat sebanyak 5,465 undi mengalahkan Mashor Hussen - PKR (1,417 undi), Zaini Le' - Bebas (179 undi) dan Mac Palima Nyambil - PCM (237 undi).
PS: UnReportedNews™® akan mengikuti segala perkembangan mengenai perkara ini esok. -UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®