Wednesday 12 March 2014

PEMBANTU JURUTERBANG #MH370 AJAK PENUMPANG KE DALAM KOKPIT?

-BELIAU DIKATAKAN TELAH MEMBAWA DUA PENUMPANG REMAJA PEREMPUAN MASUK KE DALAM KOKPIT & MENGHISAP ROKOK DALAM SALAH SATU DARI PENERBANGAN PESAWAT MAS SEBELUM INI!-

Seorang pelancong asing telah mendedahkan bagaimana beliau dan seorang temannya telah "dijemput" untuk melepak dalam kokpit kapalterbang di sepanjang penerbangan MAS oleh pembantu juruterbang pesawat MH370 yang hilang.

Cik Roos dari Afrika Selatan yang dalam perjalanan di seluruh Australia, memberitahu "Channel 9 television’s A Current Affair programme" bahawa beliau dan rakannya Cik Maree juga dari Afrika Selatan ada bergambar dengan juruterbang.

Roos juga menyatakan ianya agak luar biasa dari aspek keselamatan apabila Fariq Abdul Hamid dan rakan sekerja beliau melanggar peraturan Syarikat Penerbangan Malaysia dengan menjemput mereka menyertai mereka dalam kabin untuk penerbangan satu jam ke Kuala Lumpur.

Cik Roos juga memberitahu bagaimana dia dan rakannya duduk di dua "jump seat" bagi keseluruhan perjalanan, termasuk semasa pesawat berlepas dan mendarat.

"Sepanjang keseluruhan penerbangan mereka bercakap kepada kita dan mereka sebenarnya merokok sepanjang penerbangan tersebut yang saya tidak fikir mereka dibenarkan untuk berbuat demikian," Cik Roos memberitahu rancangan TV malam tadi.






Baca seterusnya klik sini 



Admin UnReportedNews™® bukan nak mengata namun perkara sebegini seharusnya tidak berlaku didalam sebuah organisasi besar seperti MAS lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan semua nyawa-nyawa penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut.

-UnReportedNews™® 

1 comment:

  1. la...gitu pulak? camane punya tak senonohnya disiplin pilot semasa menerbangkan pesawat. ingatkan driver teksi je kadang2 tak senonoh (bukan semua ek!), rupanya dalam flightpun serupa. apapun, sama2 kita doakan yg terbaik utk mh370 keseluruhannya.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List