Friday 27 December 2013

KALO CHEGU BARD BERANI MENJUAL, ANAK-ANAK SARAWAK SEDIA MEMBELI

-JIKA BENAR CHEGU BARD ANAK JANTAN & BERHASRAT MENDUGA KEBERANIAN ANAK-ANAK JATI SARAWAK, SILALAH TERUSKAN HASRAT ANDA ITU. SILALAH DATANG KE SARAWAK, KAMI PASTI AKAN MENYAMBUT ANDA SECARA "BESAR-BESARAN"! KEKEKE!!!-


Tiga laporan polis dibuat oleh beberapa NGO di Kuching Sarawak hari ini bagi membantah tindakan beberapa individu yang tidak bertanggungjawab merancang untuk mengadakan beberapa perhimpunan haram.

Laporan-laporan polis tersebut adalah gabungan daripada persatuan-persatuan seperti PEWARIS (Sarawak), Saberkas, Berjasa dan beberapa individu yang merupakan lebih daripada 30 orang anak jati Sarawak yang membantah sebarang aktiviti demonstrasi yang boleh memudaratkan keamanan negeri Sarawak.

Tiga perhimpunan-perhimpunan haram yang dimaksudkan adalah; 1) Pada Malam 31 Disember 2013 DiDataran Merdeka Kuala Lumpur dan Padang Merdeka Kuching Berhimpun dan Mengajak Rakyat Mengguling Kerajaan. 2) Demostrasi Dihadapan Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Yang Diketuai Aktivis Malaysia Iaitu Chegu Bard Pada 29 Disember 2013. 3) Perhimpunan Yang Dianjurkan Oleh Lina Soo Pada 28 Disember 2013 Bertujuan Menghasut Rakyat Sarawak Keluar Malaysia.

Persoalan kini, apa Chegu Bard atau yang nama sebenarnya Badrul Hisyam Shahrin, seorang aktivis Malaysia dan ahli Parti Keadilan Rakyat mempunyai telur untuk datang ke Sarawak dan mengepalai demonstrasi yang dirancang diadakan di hadapan kediaman Ketua Menteri Sarawak seperti yang dicanang-canangkan ataupun ianya hanya salah satu daripada gimmick PKR seperti janji Anwar Ibrahim menjadi kerajaan pada 16 September beberapa tahun yang lalu.

Rata-rata mereka yang hadir semasa laporan polis tersebut dibuat menyuarakan ketidakpuasanhati mereka kepada Chegu Bard yang seolah-olah mencabar orang Sarawak yang telah membuat pemilihan pemimpin negeri ini secara demokrasi menerusi pilihanraya.

"Apa hak Chegu Bard mengadakan demonstrrasi menggesa Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk meletak jawatan? PBB dan BN  menang secara sah dalam pilihanraya-pilihanraya yang lepas, maka itu adalah hak kami sebagai majoriti menentukan sesiapa saja yang menjadi Ketua Menteri dan semestinya, kami tetap menyokong sepenuhnya agar Taib terus menjadi Ketua Menteri Sarawak!," laung salah seorang daripada pemuda yang enggan identitinya didedahkan.

"Tapi jika Chegu Bard benar-benar anak jantan dan ingin menduga sampai tahap mana keberanian anak jati Sarawak, silalah ke mari dan teruskan niat anda. Tapi ketahuilah, kedatangan anda ke sini tidak dialu-alukan,' ujarnya lagi dengan lantang. 

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menegaskan sesiapa yang didapati melakukan tindakan menyalahi undang-undang yang ditetapkan akan diambil tindakan tegas dan ini termasuk mengambil bahagian dalam mana-mana demonstrasi atau perhimpunan haram.

Kepada mereka-mereka yang mempunyai niat waima sebesar hama pun untuk mengambil bahagian di dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, batalkan saja kerana sekiranya anda diambil tindakan oleh pihak berkuasa disebabkan menyalahi undang-undang, yang susahnya nanti adalah anda dan keluarga anda sendiri. Tidak akan Anwar Ibrahim dan Chegu Bard yang akan turun dari langit untuk membantu anda nanti, percayalah!

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List