Friday 12 July 2013

PRK KUALA BESUT: TAKTIK LICIK PAS

-SLOGAN 16–16 YANG DI "NANYIKAN" OLEH PAS DALAM KEMPEN PRK KUALA BESUT HANYALAH TAKTIK ORANG TERDESAK UNTUK MERAIH UNDI! JANGAN MUDAH TERPEDAYA! KEKEKE!!!-

Pelbagai taktik termasuk formula 16 – 16 yang dicanang pihak pembangkang menjelangnya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dilihat sebagai usaha terdesak mereka untuk meraih undi semata-mata dan bukannya serius untuk melaksanakan khidmat kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Zubir Zabidi berkata apa yang cuba dicanang itu hanyalah sebagai daya tarikan yang penuh kosmetik semata-mata dan bukannya berpaksaikan kepada tanggungjawab yang sebenarnya.

Justeru beliau penuh yakin penduduk di kawasan tersebut tidak akan terpengaruh dengan pelbagai formula yang akan dicanangkan kelak kerana hanya penduduk di Kuala Besut sahaja yang boleh membuat keputusan terbaik untuk mereka.

“Mereka dah lama melihat dan merasai apa yang telah dibuat serta dilaksanakan oleh BN selama ini. Formula yang penuh retorik tidak akan membawa apa-apa manfaat sebaliknya akan merugikan mereka semata-mata.

“Sebab itu saya berkeyakinan mereka akan terus bersama dengan BN dan menolak sebarang persepsi serta pelbagai formula yang dicetuskan oleh mana-mana pihak kerana mereka tentunya ingin melihat kesinambungan pembangunan dan sebagainya diteruskan,” katanya.

Beliau seterusnya menambah penduduk di kawasan itu juga mahukan apa yang terbaik dan bermanfaat untuk mereka.

“Jadi saya fikir penduduk Kuala Besut telah memikirkan dengan sebaiknya apa yang terbaik untuk mereka kerana pilihan berada pada mereka nanti. Yang penting bagi mereka siapa yang layak dan boleh dipercayai untuk membela nasib mereka bukan berdasar formula retorik yang akhirnya menyusahkan hidup mereka nanti,” ujarnya. (sumber

-UnReportedNews™®

1 comment:

  1. Sebenarnya rakyat Kuala Besut dah tahu jika dibiarkan terjadi 16-16 kerajaan Trengganu akan tergantung. Siapa yang akan rugi. Mereka jugalah yang akan rugi. Untuk selamat pilhlah BN.

    ReplyDelete

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List