Saturday, 8 June 2013

ANWAR MASIH SYOK SENDIRI, DAP AKAN SERTAI SESI ANGKAT SUMPAH PARLIMEN!

-ANWAR SEORANG YANG DILIHAT MASIH BERTEKA-TEKI DENGAN CADANGAN MEMULAUKAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH PARLIMEN ITU! ANWAR DAH LUPER KER KALAU TAK ANGKAT SUMPAH BOLEH JATUH MANDAT MP? KEKEKE!!!-

Walaupun sebelum ini DAP dilihat memprotes keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), namun parti itu tidak akan memulau majlis angkat sumpah Parlimen pada 26 Jun ini.

“Kita tiada rancangan buat masa ini (untuk boikot Parlimen),” kata Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang ketika dihubungi FMT.

Penasihat DAP itu ditanya berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam yang mendesak wakil rakyat Pakatan memboikot majlis angkat sumpah sidang Parlimen sebagai menandakan mereka serius memprotes PRU 13.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dilihat masih berteka teki dengan cadangan pemulauan majlis angkat sumpah parlimen itu.

Anwar dilaporkan Terence Netto, wartawan Malaysiakini akan mempertimbangkan untuk memulaukan sesi pembukaan ke-13 Parlimen dengan tidak menghantar soalan untuk perbahasan.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada Anwar akan pulau sesi pembukaan Parlimen dengan tidak hadir majlis angkat sumpah sebagai ahli Parlimen dan tidak hantar soaln perbahasan atau hadir ke sesi pembukaan parlimen dan mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen tetapi memboikot dengan simbolik tidak menghantar soalan perbahasan.

“Anwar hampir pasti akan dicadangkan semula sebagai ketua pembangkang walaupun PKR bukan lagi menguasai jumlah kerusi dalam Parlimen,”lapor Terence Netto.

Dalam PRU 13 lalu, DAP memperoleh 38 kerusi, PKR 30 dan PAS sebanyak 21 kerusi.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan Antarapos berkata sekiranya terdapat pemimpin yang memenangi kerusi Parlimen pada PRU 13 lalu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, maka mandat ahli Parlimen itu akan tergugur dan pilihan raya kecil akan diadakan semula di kawasan itu.

“Kalau tidak mahu angkat sumpah, berdasarkan Perlembagaan, genap hari tertentu tidak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, dengan sendirinya pemilihannya sebagai ahli Parlimen tergugur dan pilihan raya akan diadakan di kawasan-kawasan orang tidak mahu mengangkat sumpah, itu sahaja.

“Ia tiada kena mengena dengan perkara lain. Dalam perlembagaan, kita tidak boleh ubah perlembagaan begitu sahaja untuk penuhi kehendak politik kita,” ujarnya. (sumber

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List