-NASIB LEBIH 100 PENUMPANG YANG KEBANYAKKANNYA BALIK UNTUK SAMBUTAN HARI GAWAI DI KAMPUNG MASING-MASING BELUM DI KETAHUI-
Sebuah bot ekspres yang sarat dengan lebih 100 penumpang yang dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing sempena Hari Gawai, karam di Sungai Rajang kira-kira jam 9 pagi tadi berdekatan bandar Belaga.
Bot terbabit dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit dan Sibu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, Liwan Lagang ternampak bot berkenaan terbalik dan penumpang berenang ke tebing sungai ketika beliau menaiki helikopter ke Kuching.
Beliau kemudiannya mendarat di Uma Tevok Long Buyun untuk bertemu mereka yang terselamat dan mengarahkan operasi mencari serta menyelamat.
Katanya, tidak dapat dipastikan sama ada mereka yang terkorban dan punca yang menyebabkan bot ekspres terbabit terbalik. (sumber)
-UnReportedNews™®
No comments:
Post a Comment
You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)
-UnReportedNews™®