Wednesday 10 April 2013

POLIS MASIH MENGUMPUL MAKLUMAT "DALANG" PENCEROBOHAN PENGANAS SULU DI LAHAD DATU

-DARIPADA KENYATAAN PESURUHJAYA POLIS SABAH DATUK HAMZA TAIB, IANYA SEAKAN-AKAN MEMBERI GAMBARAN YANG PIHAKNYA SEBENARNYA SUDAH DAPAT MENGENALPASIT IDENDITI "DALANG" INSIDEN PENCEROBOHAN PENGANAS SULU DI LAHAD DATU YANG SETAKAT INI TELAH YANG TELAH MENGORBANKAN HAMPIR 100 NYAWA NAMUN PIHAKNYA AKAN TERUS MENGUMPUL LEBIH BANYAK BUKTI SEBELUM MEMBAWANYA KE MUKA PENGADILAN! AIH, DAH TERANG, LAGI NAK BERSULUH? KEKEKE!!!-

Polis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo,Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang dipetik Bernama semalam sebagai berkata siasatan menjurus kepada penyelesaian kes itu berpandu kepada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh di mahkamah.

“Kami tidak kata orang ini (individu ditahan) terlibat sebagai perancang atau pembunuh kes menembak mati pasukan keselamatan pada 2 Mac, kami ada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh…,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kota Kinabalu di sini.

Hamzah Taib
Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apabila ditanya mengenai kemungkinan dalang yang disyaki adalah daripada kalangan rakyat Malaysia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik dalam laporan akhbar tempatan hari ini sebagai berkata pihak ketiga yang mendalangi tindakan pencerobohan pengganas Jamalul Kiram di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan beberapa lokasi lain di Sabah telah dikenal pasti, namun masih memerlukan bukti untuk mengheret mereka ke muka pengadilan.

Zahid Hamidi
Mengenai 32 individu yang ditahan di perairan Sabah, kira-kira 12 batu nautika dari Tambisan, Lahad Datu awal pagi semalam, Hamza berkata kesemuanya adalah lelaki yang berumur dalam lingkungan 17 hingga 72 tahun.

“Kami tangkap kerana mereka memasuki negara ini tanpa dokumen dan bersenjata api yang menyalahi undang-undang negara ini,” katanya.

Hamza berkata tiada pertempuran antara pengganas dan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi di semua daerah serta tiada laporan mengatakan pengganas bersenjata memasuki negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata pasukan keselamatan masih mengesan tiga lagi mayat militan Sulu yang ditembak mati pada pertempuran 1 Mac lepas. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List