Thursday, 11 April 2013

HINA-MENGHINA, AMALAN LIM ANAK-BERANAK & DAP!

-SERING BERLAGAK MEREKA ADALAH EKSLUSIF & SEMPURNA  NAMUN  HAKIKATNYA, KIT SIANG & GUAN ENG ADALAH "GEDUNG" CHAUVINIS, PERKAUMAN & KRONISMA YANG MELAMPAU! KEKEKE!!!-

Kit Siang bersikap kurang ajar apabila mengelar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai negarawan tua dalam satu kenyataan medianya baru-baru ini.

Tindakan beliau itu berikutan rasa tidak puas hati dengan pendedahan Mahathir mengenai strategi perkauman yang akan digunakan DAP untuk menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Johor.

Beliau yang dipetik mynewshub.my bagaikan tenyata berang dengan pendedahan itu turut mendakwa kenyataan Mahathir itu sebenarnya yang bersifat perkauman, liar, tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

“Saya kesal dengan tuduhan tidak berasas saya `berpindah’ ke Gelang Patah untuk mewujudkan suasana tidak harmoni antara kaum apabila mendakwa Kit Siang mahu Cina mengundi DAP dengan mencetuskan konflik kaum.

“Mahathir perlu bertanggungjawab sebagai negarawan tua dan menghentikan perangkap sentimen perkauman yang bercanggah dengan konsep wawasan 2020,” dakwanya melalui kenyataan itu.

Mahathir pada 8 April lalu di Johor menyifatkan tindakan DAP menanam rasa kebencian dalam kalangan kaum Cina terhadap Melayu hanya bertujuan meraih sokongan untuk menang dalam PRU13.

Mahathir dipetik sebagai berkata, taktik kotor itu dilakukan dengan menyatakan orang Cina telah dianiaya dan tidak mendapat keistimewaan serta hak sama rata seperti dinikmati kaum Melayu.

Beliau juga menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak pernah menerima kenyataan bahawa terdapat ramai orang Cina yang kaya di negara ini berbanding orang Melayu yang tinggi peratusan kemiskinannya. 

Sementara itu, anaknya iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seolah-olah memandang rendah terhadap status kehidupan rakyat Malaysia apabila menyifatkan mereka sebagai rakyat ekonomi kelas ketiga.

Meskipun kenyataan pemimpin DAP itu merujuk kepada kesan akibat gejala rasuah yang berlaku, tetapi kenyataan berbaur penghinaan itu sudah cukup mengambarkan pemikiran singkat Guan Eng dalam merumuskan sesuatu isu.

Ia apabila Guan Eng dalam satu kenyataan media mendakwa gejala rasuah telah mengubah 28 juta rakyat Malaysia pada hari ini menjadi rakyat ekonomi kelas ketiga.

“Orang Melayu menjadi warga ekonomi kelas ketiga berikutan skandal saham bumiputera. Orang Cina menjadi warga ekonomi kelas ketiga skandal Port Klang Free Trade Zone (PKFZ).

“Orang India pula menjadi warga ekonomi kelas ketiga dengan keadaan skandal Maika,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut menghina penyokong dan pengikut Barisan Nasional (BN) apabila mendakwa mereka rakyat ekonomi kelas kedua di bawah rakyat ekonomi kelas pertama iaitu pemimpin BN. 

-UnReportedNews™®

No comments:

Post a Comment

You can comment whatever you want here but UnReportedNews™® will not be responsible if in the occasion that any legal action are to be taken on the person commenting in by other parties. :)

-UnReportedNews™®

UnReportedNews™® Hot Sizzling Malaysian Counterparts List